"HAZEL...." Lenanya terganggu apabila suara suaminya mula kedengaran. Bingitkan telinga saja. Namun, disahut juga.
"Hmm..."
"Makan jom," ajak Harraz.
"Tak naklah. Aku penat," balas Hazel dalam mata yang masih terpejam.
Tak larat dia nak turun ke bawah. Rasa macam malas sungguh.
"Dapur dekat bawah aje bukan jauh sampai ke Singapore sana. Jomlah. Kau mesti tak nak aku angkat kau kan? Ke kau teringin?"
Harraz mendekati isterinya lalu berkira-kira untuk mengangkat si berat punggung, Kamilia Hazel. Gadis itu berdecit mendengar ugutan Harraz.
"Ish, kau ni! Kalau kau nak makan, pergi ajelah turun sorang. Tak sukalah paksa-paksa ni." Dahi Hazel berkerut marah, tak suka dipaksa.
Orang cakap sekali sudahlah. Pergi bazaar ramadhan beli laici kang, aku lepuk kau kang.
Tiba-tiba suasana kembali sunyi. Tidak kedengaran lagi suara sumbang lelaki itu yang asyik membebel dua tiga menjak ini. Matanya kembali terpejam rapat, ingin menyambung tidur yang terganggu tadi.
Detapan kaki seseorang kembali membuat dirinya menyeringai. Ah, mesti si Ungku Harraz. Apa lagi dia nak kacau ni? Bosanlah, nak tidur pun susah.
"Hazel... jom makan. Aku dah bawa naik sekali dengan dulang. Nikmat apa lagi kau dustakan? Dah, bangun. Meh aku suap kau," ujar Harraz lalu melabuhkan duduknya di hujung kaki Hazel. Dulang diletakkan di atas meja bulat bersebelahan sofa itu.
Hazel buka mata.
Degil betul mamat ni. Tapi, bagus juga. Aku memang tengah lapar. Rintih Hazel, bersyukur.
Nak tak nak, Hazel terus membetulkan kedudukannya. Dari posisi baring, kini dia bersila di atas sofa. Selimut masih menyelimuti tubuhnya. Ditenyeh matanya yang masih memberat. Dipandang ulah Harraz yang mengacau bubur nasi di dalam mangkuk itu menggunakan sudu.
"Aku boleh makan sendiri. Ni, nampak ni. Aku masih ada tangan," ujar Hazel sambil tangannya laju ingin merampas mangkuk itu dari Harraz.
"Tak payah mengada. Tadi kata penat," tegah Harraz pula, menjauhkan mangkuk dari Hazel.
"Tu tadi. Sekarang dah tak." Hazel masih ingin melawan.
"Tak payahlah. Biar aku suap." Harraz masih mahu menyuap Hazel walaupun isterinya berdegil.
"Kau boleh tak sekali aje jangan buat aku sakit hati?" kata Hazel.
"Kau boleh tak sekali aje dengar cakap aku?" balas Harraz pula. Ditatap dalam-dalam mata Hazel sehinggalah Hazel melarikan pandangannya ke arah lain dulu.
Harraz tersenyum dalam diam. Akhirnya, dia menang. Hazel dengar kata.
"Kau kena makan sebab bubur ini aku yang masak," beritahu Harraz. Dia cuba memasak untuk Hazel.
YOU ARE READING
Cinta Yang Kau Benci (EDITED VER)
Romance[WARNING! CLICHE & CRINGE STORYLINE] Pernah pecah rekod sebab asyik keluar masuk bilik disiplin? Harraz dan Hazel pernah. Bagi mereka, bilik disiplin sekolah ibarat rumah kedua. Satu dunia tahu Harraz dan Hazel seperti anjing dengan kucing. Kalau...