PEJAM celik pejam celik, hari yang dinanti-nantikan sudah tiba. Trial SPM.
Semalam, Hazel sudah membalun segala tenaganya dan mindanya untuk ulangkaji. Begitu juga dengan sebelum sebelum ini, dia memang rajin membuat ulangkaji dan beberapa latihan minda untuk persediaan ujian penting begini.
Walaupun ini hanya ujian trial sebelum SPM sebenar, dia harus membangkitkan semangat dari awal untuk mendapat keputusan yang baik.
Ajakan mesra Andra Rifzal beberapa hari lepas untuk belajar bersama-sama juga disertai. Syifa juga turut menyertai study group itu. Beberapa orang pelajar yang berminat juga ada sekali. Mereka sama-sama belajar dan berkongsi ilmu.
Pagi itu, Hazel bersiap untuk ke sekolah. Harraz awal-awal sudah bersiap sedia dan turun sarapan. Hazel mencalit lip balm pada bibirnya yang pucat dan kering.
Selesai, dia membawa tubuhnya turun ke bawah dan ruang dapur dimasuki sebelum Tan Sri Ungku Harriz menegurnya mesra.
"Morning, calon SPM. Makan dulu sebelum pergi ke sekolah. Pastikan badan tu ada tenaga. Baru nanti boleh jawab soalan dengan baik," pesan Tan Sri Ungku Harriz dengan senyuman. Senyuman itu adalah senyuman semangat.
"Hazel tak ada selera. Dad makanlah..." kata gadis itu.
"Ish, mana boleh macam tu. Makanlah dulu. Jamah sikit pun jadilah," pujuk Puan Sri Fazura pula.
Hazel terpujuk. Demi menjaga hati mentuanya, dia menggapai secawan teh panas lalu diteguk perlahan. Sesisip saja sebelum diletakkan semula cawan di atas meja bar.
"Okey mom, dad. Hazel pergi dulu. Kesian Pak Ucop tunggu," pamit Hazel selepas menyalami kedua-dua mentuanya.
Sengaja memberi alasan menggunakan nama pemandu peribadi keluarga itu agar tidak didesak untuk menjamu makanan yang lain. Pagi ini dia cuma boleh minum secawan teh sahaja. Tak terasa nak jamu makanan yang tersedia walaupun pagi itu, sarapan mereka ialah bihun goreng dan pau.
Kaki Hazel mula melangkah keluar dari ruang dapur dan berjalan sehingga ke pintu utama. Namun, suara Raziq yang baru keluar dari bilik tetamu bahagian bawah memberhentikan langkah kakinya.
"Lia..."
"Abang! Lia pergi sekolah dulu. Hari ni Lia akan duduki trial. Wish me luck!" Ceria suara itu menyapa Raziq.
Lain pula bagi Raziq, dia memandang Hazel dengan wajah bimbang.
"Good luck. But... wait..."
"Kenapa, abang?" soal Hazel melihatkan air muka Raziq yang tidak tenang memandangnya.
Dahi Raziq berkerut. Matanya tajam merenung wajah Hazel.
"Lia okey ke? Abang tengok muka Lia pucat ni," tanya Raziq risau.
YOU ARE READING
Cinta Yang Kau Benci (EDITED VER)
Romance[WARNING! CLICHE & CRINGE STORYLINE] Pernah pecah rekod sebab asyik keluar masuk bilik disiplin? Harraz dan Hazel pernah. Bagi mereka, bilik disiplin sekolah ibarat rumah kedua. Satu dunia tahu Harraz dan Hazel seperti anjing dengan kucing. Kalau...