CYKB:4

12.6K 530 25
                                    

HARI kedua terikat dengan cadangan guru-guru

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HARI kedua terikat dengan cadangan guru-guru... Hampeh! Sejak pagi mereka bersama, tak habis-habis lagi bergaduh. Kalau dulu tak duduk sebelah-sebelah macam ni pun boleh bergaduh, apatah lagi bila dipaksa duduk meja rapat begini. Setiap minit ada saja yang tidak kena. Ada saja idea lelaki itu nak menyakitkan hatinya.

Jika cara ini yang pihak guru rasa akan berkesan untuk memulihkan hubungan antara dia dengan mamat Harraz ni, rasanya mereka perlu fikir banyak kali dulu sebelum bersetuju. Rasa macam benda ni tak membantu langsung. Tak ada apa yang berubah. This is so ridiculous!

Hazel mendengus buat sekian kalinya apabila bahu Harraz berlaga dengan bahunya.

"Kau boleh tak duduk jauh sikit dari aku!" Sejak tadi Hazel tahan diri, akhirnya terkeluar juga.

Lagipun, Harraz memang sengaja. Sejak tadi dia perasan, kedudukan kerusi Harraz semakin merapat ke arahnya. Nak cari point bergaduh la tu. Nak belajar pun tak tenteram tahu tak?

"Apasal pula? Kerusi kau yang dekat dengan aku, so please miss, jarakkan kerusi anda satu meter dari aku. Ha... Kalau nak jauh lagi, pergi duduk rapat kat dinding hujung sana. Lagi best," ujar Harraz. Macam biasa, tak mahu mengaku. Sebaliknya, dia play victim!

"Kau jauhlah sikit!" Dengan kekuatan tangan yang Hazel punya, dia menolak kerusi Harraz menjauhi dirinya. Hazel sudah hilang fokus belajar disebabkan lelaki ini.

Bunyi kerusi yang bising membuatkan pembelajaran satu kelas terganggu. Harraz dan Hazel masih main tolak-menolak.

"Apa kamu berdua buat di belakang? Very noisy. Kacau yang lain nak belajar." Miss Hui Sim memandang Harraz dan Hazel yang sedang bergelut di belakang. Giginya diketap sebelum pinggangnya dicekak bersama wajah yang garang.

Semua pelajar menoleh ke belakang, memandang pasangan itu. Serta-merta mereka berdua berhenti bergelut pasal kerusi tadi.

"Ni yang saya tak suka kena duduk dengan mamat ni. Miss tengoklah dia, dekat-dekat dengan saya. Saya rimas la! Andra, awak bawak dia ke bilik disiplin boleh tak?" Hazel memandang Andra yang duduk selang dua meja di hadapannya.

"Eh! Kau ingat aku tak rimas ke dengan kau? Tak habis-habis menyanyi dari tadi! Bising tahu tak? Kau ingat suara kau sedap ke? Dahlah sengau. Weh Andra, kau bawak dia pergi bilik disiplin sekarang!" Harraz pula menyuruh Andra.

Andra pula sudah terpinga-pinga bila namanya disebut-sebut.

Sakit hati Hazel. Sungguh biadab mamat ini. Sejak bila entah dia menyanyi. Pandai Harraz ni buat fitnah. Dari tadi dia cuba fokus mendengar ilmu yang keluar dari bibir Miss Hui Sim tapi si Harraz ni yang seakan sengaja ingin mengganggu fokusnya.

"Bila pulak aku menyanyi? Pandai eh mulut kau nak buat fitnah. Lagi satu, sesedap lidah kau aje kata suara aku tak sedap. Eh hello, suara aku ni kalau masuk Asian Got Talent, confirm dapat gold buzzer tau. Hah, kau dengar aku nyanyi eh. Ehem ehem!" Hazel membersihkan ruang tekak sebelum bangkit berdiri, bersedia mahu mengalunkan lagu. Semua mata sudah tertumpu padanya bersama sengihan. Bersedia nak gelakkan Hazel.

Cinta Yang Kau Benci (EDITED VER)Where stories live. Discover now