"ABANG..." Lembut suara Hazel memanggil Raziq. Terkedek-kedek dia berjalan ke arah Raziq yang sedang duduk di sofa ruang tamu. Membawa telefon di genggaman yang sedang dalam talian bersama umi dan daddynya.
"Ya," sahut Raziq.
"Ni umi dengan daddy nak tengok muka abang." Hazel terus menghalakan skrin telefonnya ke arah Raziq seraya melabuhkan duduk bersebelahan dengannya.
Raziq menghadiahkan senyuman kepada mak su dan pak sunya selepas telefon bertukar tangan. Lama dia tidak berjumpa dengan mak sunya itu. Ini baru dapat tengok muka, itupun dalam skrin telefon saja.
"Assalamualaikum mak su dan pak su. Mak su, pak su apa khabar? Sihat ke?" Raziq mesra melambai kepada Datin Harsyifah dan Dato Kusyairi.
Hazel cuma tersengih-sengih memandang skrin telefonnya yang memaparkan wajah kedua orang tuanya yang dirinduinya saat ini.
"Waalaikumussalam, kami sihat. Alhamdulillah. Masya-Allah, makin kacak anak buah mak su ni. Tergoda mak su tengok. Ni belum lagi depan-depan ni. Kacak-kacak macam ni dah ada makwe ke ni, Raziq?" Selepas Datin Harsyifah memuji Raziq, sempat juga dia mengusik Raziq dengan soalan cepumasnya itu.
Hazel turut memandang Raziq. Menunggu jawapan lelaki itu. Berani dia cakap dia ada makwe, aku cari makwe dia sampai lubang cacing!
"Alah... mak su ni. Raziq biasa-biasa aje. Makwe? Belum ada lagilah, mak su. Tapi, dengan kuasa doa mak su, manalah tahu ada keajaiban berlaku. Tiba-tiba makwe bergolek depan Raziq." Raziq membalas dengan gurauan.
"Raziq okey tak duduk rumah tu? Sorry la mak su suruh Raziq duduk situ sementara tunggu kami balik," kata Datin Harsyifah. Jelas nada suaranya serba salah.
"Eh, tak ada apalah mak su! Raziq okey aje. Kira bersyukur dah ni mak su tolong Raziq cari tempat tinggal. Cuma, kekoklah juga sebab yelah, kita menumpang rumah orang yang kita tak kenal kan. Dahlah Raziq ni siapa aje. Tiba-tiba menumpang rumah orang. Tak malu Raziq ni. Maaf juga sebab dah menyusahkan mak su dan pak su, ya?" Raziq garu belakang tengkuknya.
Hazel tersenyum melihat reaksi kekasih hatinya itu. Limited betul lelaki macam Raziq ni. Reti malu, sopan santun dan baik hati. Perempuan mana aje tak jatuh hati? Eh, tak ada perempuan lain! Cuma Hazel seorang saja.
"In Syaa Allah, pak su cuba siapkan urusan pak su secepat mungkin," kata Dato Kusyairi pula meyakinkan Hazel dan Raziq.
Dia dan Datin Harsyifah bertembung mata dan mereka berbalas senyuman.
"Umi sepatutnya tinggalkan kunci rumah dekat Hazel sebelum pergi London tu. Ha see, sekarang dah menyusahkan orang lain. Kalau Abang Raziq duduk rumah kita, tak adalah dia awkward. Kan abang kan?" Hazel faham apa yang Raziq rasa sekarang.
Janggal. Tinggal rumah orang yang tak dikenali. Nasib baiklah dibenarkan, kalau tidak, di manalah dia mahu cari tempat berlindung. Tapi yang pasti, Hazel takkan biarkan Raziq duduk di bawah jambatan atau tepi jalan.
YOU ARE READING
Cinta Yang Kau Benci (EDITED VER)
Romance[WARNING! CLICHE & CRINGE STORYLINE] Pernah pecah rekod sebab asyik keluar masuk bilik disiplin? Harraz dan Hazel pernah. Bagi mereka, bilik disiplin sekolah ibarat rumah kedua. Satu dunia tahu Harraz dan Hazel seperti anjing dengan kucing. Kalau...