CYKB:45

8.3K 403 67
                                    

MALAM beredar, pagi pun mendatang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MALAM beredar, pagi pun mendatang. Seperti hari-hari sebelumnya, Harraz sentiasa menyediakan sarapan untuk Hazel. Tapi hari ini berbeza. Dia nak buat kek moist chocolate untuk pujuk si isteri tercinta. Manalah tahu Hazel lembut hati semula. Harraz masih tidak berputus asa untuk menangi hati isterinya.

Memandangkan sekejap lagi dia nak keluar berjumpa dengan kawan-kawannya, dia mahu pastikan segalanya sudah tersedia untuk si isteri sebelum dia meninggalkan rumah.

Lepas bangun pagi tadi, dia ada mengajak Hazel untuk solat berjemaah. Fikirnya, bolehlah dia cuba berbaik lagi dengan gadis itu tetapi Hazel menolak pelawaannya. Kata Hazel, dia lebih selesa solat sendiri. Tak mahu memaksa, Harraz cuma membiarkan saja. Mungkin Hazel masih belum bersedia solat berimamkannya. Mungkin juga Hazel malu. Harraz cuba positif.

Tak apalah, mungkin bukan hari ini. Hari esok dan hari-hari akan datang boleh jadi peluangnya.

Kek cokelat yang sudah siap dibakar di dalam oven dikeluarkan menggunakan sarung tangan kain. Bibirnya refleks meniup-niup sendiri apabila tangannya merasa panas loyang kek. Hazel mesti suka kek cokelat buatannya ini. Keknya naik dengan gebu. Emm, so yummy!

Sarung tangan kain ditanggalkan. Dia membiarkan kek itu sejuk di atas meja. Beberapa minit kemudian, Harraz kembali mendapatkan kek cokelat yang sudah sejuk. Sekarang tiba masa untuk dia tuang topping chocolate cair pula di atas kek. Chocolate sprinkles ditaburkan juga untuk sentuhan terakhirnya.

Harraz berpuas hati dengan hasil air tangannya. Hazel mesti akan suka!

Dia mahu meninggalkan nota untuk Hazel, lantas dia menarik sehelai sticky notes yang melekat pada peti ais. Pen yang sudah dia sediakan sebentar tadi digenggam. Penutup pen ditarik menggunakan giginya.

Harraz menunduk sedikit. Beberapa baris ayat ditinggalkan di atas kertas itu. Kek tadi dipotong sedikit lalu dipindahkan ke pinggan yang lebih kecil. Selebihnya dia simpan kembali ke dalam oven.

Akhir sekali, diletakkan sekali sejambak bunga tulip di atas meja. Bunga tulip putih tanda permintaan maaf. Harapnya, Hazel suka dan terima kemaafan daripadanya. Sticky notes tadi dilekatkan pada jambangan bunga itu. Cukup untuk buat Hazel nampak dan membacanya.

Harraz naik ke tingkat atas untuk bersiap-siap keluar. Hazel masih lena tidur di atas katilnya. Hazel nampak lebih selesa berbanding tidur di sofa. Wajah itu juga nampak kepenatan kerana banyak menangis semalam. Sampai bengkak biji mata. Lama juga dia dengar Hazel menangis sampai tengah malam.

Biarlah Hazel berehat tenangkan diri dulu. Dia tak mahu ganggu Hazel.

Seusai habis mandi, Harraz mengenakan t-shirt polo berkolar bersama jeans putih. Tangannya naik menyikat rambut bagi kemas. Dapat dia lihat imej Hazel melalui pantulan cermin panjangnya. Lena tidur sambil peluk bantal peluknya.

Senyuman terukir di bibir Harraz. Sekurang-kurangnya, malam tadi dia dapat tidur sekatil dengan Kamilia Hazel buat pertama kalinya.

Kolar bajunya dikemaskan sebelum membuat sentuhan terakhir, membelek wajah kacaknya. Oh Harraz, kau sentiasa kacak!

Cinta Yang Kau Benci (EDITED VER)Where stories live. Discover now