CYKB:28

11.7K 443 43
                                    

"AKU tengok kau dengan Raziq tu bukan main mesra lagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"AKU tengok kau dengan Raziq tu bukan main mesra lagi." Nada suara Harraz kedengaran sangat sinis sewaktu Hazel sedang mengemas baju-baju di dalam almari. Tiba-tiba datang mood nak melipat kain yang berselerak.

Kehadiran Harraz secara tiba-tiba cuma memanaskan hati Hazel. Elok-elok dia tengah berangan naik pelamin dengan Abang Raziqnya, si mamat ni datang potong line cerita cinta dia dengan Abang Raziq pula. Siap main perli-perli pulak tu.

"Mesti la. Kita orang membesar sama-sama. Lagipun, dah lama kita orang tak berjumpa. Apa salahnya nak bermesra. Tak kacau kau buang air besar pun," jawab Hazel selamba.

Dia kelihatan angau tersenyum seorang diri apabila wajah Raziq menjelma di minda.

"Dia tu siapa?" soal Harraz. 

Hazel memilih untuk berdiam sahaja. Soalan pelik-pelik, malas dia nak melayan. Baik sambung lipat kain.

Kemudian, Harraz membawa langkah kaki mendekati Hazel. Bahu gadis itu ditolak kasar. Ada gaya tak berpuas hati apabila Hazel tidak menjawab soalannya tadi.

"Bila aku tanya, kau jawablah. Apa hal? Mulut kau dah hilang ke lepas seronok main Sahibba dengan dia tadi?" Sekali lagi Harraz menyindir Hazel. 

Sekali lagi bahu Hazel ditolak.

Apa masalah mamat ni? Macam budak-budak!

"Apa masalah kau ni main tolak-tolak bahu aku?" Hazel mendengus.

"Dia tu... Bakal jadi suami aku. So, kenapa dengan kau?" Selamba Hazel menjawab. Berhenti melipat kain sekejap, menjeling Harraz yang cuma beberapa meter saja darinya.

"Amboi amboi amboi... Selamba kau aje cakap macam tu. Sejak bila pula aku ceraikan kau?" Harraz menjungkitkan keningnya.

Wajahnya jelas terserlah riak cemburu cuma dia masih tak sedar yang dia sedang cemburu. Tak sedar dan tak nak mengaku. Cis!

"Bakal menceraikan," getus Hazel seraya menghadiahkan jelingan tajam kepada lelaki itu. Dia bangkit berdiri dari cangkungannya.

Dia menolak tubuh Harraz sebelum melintasi lelaki itu. Eee, tengok muka si Harraz ni buat sakit hati saja. Aura apalah yang mamat ni kasi aku? 

"Aku just nak ingatkan kau. Aku ni suami kau. Kau tak boleh layan lelaki lain mesra macam tadi depan aku,"  ujar Harraz. 

Dia memerhati Hazel yang kembali ke almarinya tadi. Tubuh gadis itu dipandang dengan suatu perasaan. Entahlah, perasaan apa tu?

"Oh, iya ke? Hmm... Okey, lain kali aku buat belakang kau." Selamba dia berkata sambil tersenyum sinis.

Sebenarnya lebih kepada sengaja nak loyar buruk dengan mamat tu.

"Hazel, kau jangan nak loyar buruk dengan aku boleh tak?" Harraz baran apabila Hazel main-main.

Main-main pulak minah ni bila orang tengah serius.

Cinta Yang Kau Benci (EDITED VER)Where stories live. Discover now