CYKB:44

9.1K 450 133
                                    

HARI ini sepatutnya dia masuk pejabat seperti biasa, tetapi dia ambil cuti lagi sebab nak temankan Hazel di rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HARI ini sepatutnya dia masuk pejabat seperti biasa, tetapi dia ambil cuti lagi sebab nak temankan Hazel di rumah. Nasib baik juga Tan Sri Ungku Harriz meluluskan permohonan cutinya.

Sejak belakangan ini, jadi tak sedap hati nak tinggalkan isterinya yang sarat mengandung itu seorang diri di rumah besar itu. Kalau dia ke tempat kerja pun, kepala otaknya asyik memikirkan Hazel di rumah saja. Inilah agaknya simptom-simptom orang dilamun cinta.

Harraz memasuki ruang dapur pagi itu selepas perasankan ketiadaan isterinya di dalam bilik. Tubuh Hazel yang membelakanginya didekati. Hazel sedang potong buah-buahan. Sambil potong, sambil mengunyah juga. Kehadirannya di ruangan itu masih belum disedari sang isteri. Harraz memeluk pinggang Hazel dari belakang. Terhinjut bahu Hazel sebelum dia ingin memarahi Harraz.

"Kau buat apa ni-" Hazel tak jadi marah selepas dia merasa lega apabila terasa perutnya diangkat perlahan-lahan oleh Harraz. Pisau di tangan terlepas tanpa dia sedari. Automatik Hazel mendongak ke atas sambil menyandarkan kepalanya di bahu Harraz.

Tanpa dia sedari, dia melepaskan nafas lega.

Harraz senyum. Gembira dapat buat Hazel lega. Sedang dia melayari laman fyp TikToknya tadi, lalu video manfaat suami mengangkat perut ibu mengandung. Antaranya, dapat membuat ibu hamil nyaman dan lega. Hazel akan mengandungkan anak-anaknya selama 9 bulan lebih, jadi inilah salah satu benda yang dia boleh buat untuk menghargai pengorbanan Hazel.

"Please, jangan lepas..." pinta Hazel. Lebih selesa dalam keadaan begitu. Rasa ringan perut sekejap.

Kandungannya semakin membesar, lagi-lagi dia mengandungkan sepasang kembar. Memang dia cepat kepenatan sebab itulah kalau dia berjalan lama sangat, kaki dan seluruh tubuhnya merasa lenguh. Tiba waktu malam, mulalah tak boleh nak tidur sebab menanggung sakit di tubuhnya.

"Terima kasih sebab mengandungkan anak-anak aku. Aku takkan lupa pengorbanan kau untuk aku. Terima kasih sangat-sangat, Hazel." Kedua-dua tangannya masih mengangkat perut Hazel. Bibirnya berlabuh di pipi kanan Hazel, tanda berterima kasih kepada gadis itu.

Hazel masih pejam mata. Tak dengar sangat apa yang Harraz ungkapkan kepadanya. Yang dia tahu, dia cuma rasa lapang dan nyaman berada dalam keadaan begini.

"I really really really love you, Hazel..." Harraz cium tengkuk isterinya pula. Sejurus itu, Hazel buka mata. Ini bukan kesukaannya...

"Harraz, aku tak nak cakap pasal..."

"Tak apa. Aku bukan nak kau yang cakap. Biar aku yang cakap, Hazel. Because that came from the bottom of my heart." Harraz mengeratkan lagi pelukan. Dirapatkan wajahnya di ceruk leher Hazel. Nyaman dalam keadaan begini dengan Hazel. Kalaulah dia boleh hentikan masa.

"Lepaskan..." ujar Hazel. Tangannya sudah menggenggam bucu kabinet.

"Kau dengar tak apa aku cakap ni? Lepaskan aku..." ulangnya sekali lagi. Tak keras, tapi tegas.

Cinta Yang Kau Benci (EDITED VER)Where stories live. Discover now