SARAPAN pagi dihidang di atas meja. Wajah tiga orang manusia yang setia di meja makan dipandang dengan senyuman.
Raziq. Raziq adalah penguat semangatnya di sini. Ya, dia tak perlu takut. Raziq ada menemani dia. Raziq sentiasa akan ada bila dia dalam ketakutan nanti.
Hidung menghidu bau yang sangat menyenangkan. Ini mesti tak lain tak bukan masakan Abang Raziq!
"Haaaa... meh sini makan sekali sebelum pergi sekolah," ajak Raziq yang masih berpakaian apron.
Hazel tersenyum sedikit. Raziq nampak semakin kacak. Lagi-lagi apabila mengenakan apron. Terlihat seperti suami idaman semua orang.
"Raziqlah yang masak ni untuk Lia. Tengok tu. Pandainya dia masak, kan bang?" puji Puan Sri Fazura sambil memberikan senyuman manis dan bangga kepada Raziq.
Dia tidak menafikan kerajinan seorang Raziq. Semenjak Raziq menumpang di rumah ini, lelaki itu asyik menawarkan diri untuk memasak. Kata Raziq, anggaplah itu tanda dia berterima kasih kepada Tan Sri dan Puan Sri kerana memberinya tempat tinggal buat sementara waktu.
Hazel tayang senyuman kepada abang sepupunya itu. Saat dia lalu di sebelah Raziq, lelaki itu berbisik di telinganya. Jantung Hazel laju berdebar.
"Lia dah okey? Abang harap Lia lupakan apa yang jadi. Move on. Abang tak nak tengok Lia menangis lagi. Abang nak Lia happy. Abang ada dekat sini untuk Lia." Mata Raziq bertentang dengan mata Hazel.
"Terima kasih, abang," ucap Hazel turut dalam nada berbisik.
Dia dudukkan diri di kerusi. Raziq datang bersama pinggan di tangan lalu menyenduk nasi goreng untuk Hazel.
"Hari ni hari pertama abang bekerja. Jadi untuk permulaan pagi ni, abang sediakan sarapan untuk kita semua. Abang nak mulakan hari abang dengan gembira. Abang harap urusan abang hari ini dipermudahkan," ujar Raziq.
Inilah yang Hazel gemar tentang Raziq. Seorang lelaki yang sentiasa berfikiran positif!
"Betul cakap Raziq tu. Uncle setuju sangat. Mulakan hari dengan gembira. Kelak, kalau akhirnya kecewa sekurang-kurangnya kita dah gembirakan hati orang lain. In Syaa Allah, Aamiin." Tan Sri Ungku Harriz mendoakan Raziq.
"Aamiin. Semoga dipermudahkan abang. Nanti gaji pertama abang, bolehlah belanja Lia makan sedap-sedap," ujar Hazel tersengih di hujung ayatnya.
Hazel laju duduk di meja dan melihat hidangan yang sedap sedap. Ada nasi goreng, kuih karipap, kuih seri muka. Emm... semuanya sedap sedap!
Seusai Raziq menghidangkan nasi goreng di depan Hazel, gadis itu terus menggapai sudu dan memulakan suapan. Ceria saja senyumannya menikmati masakan Raziq. Sedap.
Susuk tubuh seseorang yang turun dari tangga menarik perhatian seisi meja. Puan Sri Fazura mengajak anaknya itu makan bersama.
"Harraz? Marilah makan sekali." Harraz hanya menggelengkan kepala.
YOU ARE READING
Cinta Yang Kau Benci (EDITED VER)
Romance[WARNING! CLICHE & CRINGE STORYLINE] Pernah pecah rekod sebab asyik keluar masuk bilik disiplin? Harraz dan Hazel pernah. Bagi mereka, bilik disiplin sekolah ibarat rumah kedua. Satu dunia tahu Harraz dan Hazel seperti anjing dengan kucing. Kalau...