POTATO chip disua masuk ke dalam mulut. Tersengih-sengih dia melihat aksi lucu yang terpamer di televisyen. Selepas subuh tadi, terasa matanya masih tak boleh lelap seperti selalu.
Tiba-tiba ada mood nak tengok televisyen, itu yang dia terus turun ke bawah. Umi dan daddynya sambung tidur. Ungku Harraz? Entah, malas nak ambik tahu.
Bila aksi lucu itu menggeletek hati, dia ketawa terbahak-bahak. Terpandangkan susuk tubuh yang melabuhkan duduk di sofa jauh sikit darinya, serta-merta mulutnya terkatup rapat. Langsung tak keluarkan suara. Tawanya mati terus.
Lawak yang dibuat oleh individu di dalam kaca televisyen itu pun tidak menggeletek hatinya lagi kerana dia sakit hati memandang wajah Harraz.
"Tengok cerita apa tu?" Harraz tersengih mengamati cerita yang ditonton isterinya itu. Patutlah apabila dia bangun, Hazel tak ada di katilnya.
Harraz bersandar pada badan sofa.
"Uish, best ni cerita ni. Ini cerita zaman aku kecik-kecik dulu," ujar Harraz turut tertawa bila aksi di televisyen mempamerkan seorang lelaki menyerupai badut membuat tarian dan tarian itu menggeli hati penonton yang melihatnya. Ada bunyi latar orang ketawa di dalam televisyen.
Sedang elok dia menghayati cerita, siaran ditukar dengan sengaja. Terus dia alih pandang menerkam Hazel yang selamba mengunyah potato chip sambil remote di tangan menjadi pengawal.
"Laaa... kenapa tukar?" Harraz menyoal.
"Suka. Hati. Aku," balas Hazel satu per satu.
Siaran ditukar sehingga dia berpuas hati. Akhirnya, dia jumpa siaran yang menyiarkan drama Korea romantik. Pelakonnya ialah Cha Eun Woo. Hazel terus tersenyum. Handsome!
"Hah, biar cerita ni." Tersengih-sengih Harraz membetulkan duduknya. Tanpa Hazel tahu, dia turut meminati pelakon Korea itu. Kerana ramai dari antara kenalannya menyamakan wajahnya dengan pelakon Korea bernama Cha Eun Woo itu.
Harraz tarik bantal kecil sofa lalu dipeluknya. Bersedia untuk menonton televisyen dengan aman. Namun, masih juga si minah Hazel itu tidak berpuas hati.
Hazel ketap gigi geram. Niatnya nak suruh Harraz berambus dari situ. Tapi, makin ditukar siaran, makin seronok dan selesa pulak lelaki itu di sofa.
Siaran ditukar lagi dan lagi. Sengaja nak ganggu ketenteraman Ungku Harraz.
Cepatlah sikit blah! Aku nak tengok seorang diri tanpa ada musuh yang mengganggu. Kejap, kenapa mamat ni tak tidur? Biasanya lepas subuh selalu masih terbungkang. Ni apahal tahan mata juga?
Hmm... dia ni memang tak lain tak bukan. Memang sengaja nak kacau aku. Tak boleh tengok aku aman sekejap. Keluh Hazel tidak suka.
"Sayang, nakalnya main tukar-tukar. Meh sini remote tu, bagi aku pegang." Harraz hulur tangan dan mengharapkan Hazel baling remote kepadanya.
YOU ARE READING
Cinta Yang Kau Benci (EDITED VER)
Romance[WARNING! CLICHE & CRINGE STORYLINE] Pernah pecah rekod sebab asyik keluar masuk bilik disiplin? Harraz dan Hazel pernah. Bagi mereka, bilik disiplin sekolah ibarat rumah kedua. Satu dunia tahu Harraz dan Hazel seperti anjing dengan kucing. Kalau...