AKHIRNYA, Hazel terpaksa kumpul pahala mengemas perpustakaan petang itu. Cikgu cakap, selagi perpustakaan tak bersih, mereka tak dibenarkan pulang. Mereka? Ya, mestilah mereka. Hazel tak berseorangan.
Harraz pun didenda sebab jelas-jelas dalam perpustakaan ini ada CCTV untuk tengok kerja kotor dia. Tapi, cikgu tetap nak denda Hazel juga atas kesalahan lain yang dia buat. Berkomplot dengan Harraz untuk melanggar perjanjian yang cikgu buat untuk mereka.
Jarum pendek jam menunjuk ke angka 5:30 petang. Secara rasminya, perpustakaan sekolah telah ditutup setengah jam yang lepas. Keadaan perpustakaan sangat sunyi tanpa manusia. Cuma tinggal Harraz dan Hazel saja di dalam itu.
Meskipun ada dua tenaga manusia, Harraz cuma tolong angkat rak buku yang berat saja waktu awal-awal tadi. Kemudian, segala kerja mengutip dan menyusun buku diserahkan kepada Hazel. Dia membiarkan Hazel kutip dan susun buku-buku itu seorang diri.
Sedang Hazel leka mengutip buku-buku, telefonnya mengeluarkan bunyi notifikasi dari Whatsapp. Lantas tangan menyeluk saku baju kurungnya. Hari ini ada kelas tambahan dan setiap kali hari yang ada kelas tambahan, dia memang akan bawa telefon ke sekolah. Selalunya dia guna bagi tujuan mencari maklumat di Google dan sebagainya.
Mesej daripada Andra dibaca. Andra bertanya keadaannya di situ bersama Harraz. Okey atau tidak.
Sebenarnya tadi, Andra enggan pulang kerana beria-ia nak tolong kemas perpustakaan juga. Katanya, dia nak elak Hazel bergaduh dengan Harraz. Tapi, Hazel desak Andra untuk balik ke rumah. Sudah seharian dia belajar hari ini. Jawab soalan Add Math tadi pun macam nak meletup dah otak.
Setelah dipaksa dan diugut oleh ayat sinetron Hazel, akhirnya Andra pulang juga. Hazel tidak menafikan kebaikan Andra. Dia boleh nampak keikhlasan Andra berkawan dengannya. Lelaki itu sangat baik.
Jemari Hazel mengetik huruf-huruf di atas skrin. Dia memberitahu Andra bahawa dia okey beserta emoji smiley face di hujung ayatnya. Hazel tutup telefon dan sambung kerja yang tergendala tadi.
Dia pandang Harraz sekilas. Lelaki pemalas itu sedang duduk di suatu sudut sambil sibuk dengan telefonnya. Tengah main game la tu. Mamat tu memang kaki game.
Hazel mula menyirap bila sejak tadi, mamat itu masih tiada langsung tanda-tanda ingin menyumbangkan pertolongan untuk mengutip buku-buku yang berselerak.
Memang kurang ajarlah dia boleh buat don't know aje. Kita dekat sini berpenat lelah mengutip buku yang berterabur, si dia duduk rilek main game di sana. Sakit hati aku!
Sudahlah dia punca semua ini terjadi. Dia ni tak nak balik cepat ke?
Sedang Hazel bermonolog sendirian di dalam hati, Harraz sudah bangun berdiri. Dia dah masukkan telefonnya ke dalam poket seluar hijau tuanya. Hazel angguk kepala sekali. Baguslah ada rasa kasihan tengok aku buat kerja seorang diri dekat sini.
YOU ARE READING
Cinta Yang Kau Benci (EDITED VER)
Romance[WARNING! CLICHE & CRINGE STORYLINE] Pernah pecah rekod sebab asyik keluar masuk bilik disiplin? Harraz dan Hazel pernah. Bagi mereka, bilik disiplin sekolah ibarat rumah kedua. Satu dunia tahu Harraz dan Hazel seperti anjing dengan kucing. Kalau...