CYKB:34

9.6K 405 17
                                    

MASA berlalu begitu pantas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MASA berlalu begitu pantas. Banyak perubahan yang berlaku. Harraz yang dulunya suka cari gaduh, kini cuba mengambil hati sang isteri. Tapi lain pula yang dirasa oleh Hazel. Hazel menyampah dengan perubahan itu kerana baginya, Harraz cuma berlakon semata-mata. Berlakon baik di hadapan semua orang, tapi perangai sebenarnya cuma Hazel sahaja yang tahu.

Pulang saja dari sekolah, Hazel terus landing atas sofa. Kepalanya sudah penat. Harus berehat. Tadi di sekolah, Tiara sengaja melanggar bahunya kuat.

Kalau apa-apa terjadi pada anak dalam perutnya, memang dia hancurkan muka si Tiara tu sampai lumat. Selama ini, dia sudah banyak bersabar sangat dengan perempuan itu.

Dan seperti biasalah, apabila dia dalam kesusahan, Andra sentiasa datang menjadi heronya. Dipekik dan dimarah Tiara dengan wajah bengis. Hazel terus menghentikan perbuatan Andra. Kalau melebih karang, memang dendam Tiara itu lagi bertambah adalah.

Siling bilik ditenung sambil mata terkelip-kelip. Hmm... nak buat apa eh? Nak main permainan indoor dengan Raziq, lelaki itu mana ada. Dia bekerja, masih belum pulang. Raziq selalu pulang petang.

Raziq. Gerangan yang menjadi igauan mimpinya. Cintanya kepada Raziq masih tetap utuh. Tak ada apa yang boleh mengubahnya.

Hembusan nafas dilepaskan. Jemarinya naik mengusap perut yang semakin menampakkan bentuk. Dia dapat rasakan perubahan pada bentuk badannya. Bibirnya tersungging senyuman. Bila fikir balik, seronok pula nak jadi ibu.

Bunyi deringan telefon yang datang dari atas meja solek mematikan lamunan Hazel. Dia berjalan ke arah meja solek dan terus menggapai telefonnya.

FaceTime daripada umi! Terus dijawab dan terpampanglah wajah uminya. Kali ini, hanya Datin Harsyifah saja yang memenuhi ruang paparan telefonnya.

"Umi... mana daddy?" tanyanya bila langsung tidak nampak kelibat Dato Kusyairi walaupun selepas lima minit dia berbual dengan uminya.

"Daddy dinner dengan client dia. Baru aje keluar. Tinggallah umi seorang diri kat hotel ni," jawab Datin Harsyifah.

"Oh..." Hazel angguk kepala.

"Cucu umi sihat ke tu?" soal Datin Harsyifah pula.

Tersengih-sengih dia bila mengingatkan pada cucu yang sedang dikandungkan oleh anaknya.

Bila pertama kali dia dapat tahu Hazel mengandung, dia sangat gembira. Akhirnya, rancangan dia dan Puan Sri Fazura menjadi untuk satukan Haraz dan Hazel. Benci-benci, hah last-last nak dapat anak dah pun.

"Sihat aje, umi. Hazel selalu minum susu yang mom kasi. Umi jangan risau tau. In Syaa Allah, baby ni membesar dengan sihat," kata Hazel dengan senyuman.

"In Syaa Allah. Umi rindu Malaysia. Tak sabar sangat umi nak balik jumpa semua." Sayu suaranya.

Bukanlah tinggal di bumi London tidak seronok cuma suasana di Malaysia lagi kena dengan jiwanya walaupun ini bukan kali pertama dia ke luar negara.

Cinta Yang Kau Benci (EDITED VER)Where stories live. Discover now