[WARNING! CLICHE & CRINGE STORYLINE]
Pernah pecah rekod sebab asyik keluar masuk bilik disiplin? Harraz dan Hazel pernah. Bagi mereka, bilik disiplin sekolah ibarat rumah kedua. Satu dunia tahu Harraz dan Hazel seperti anjing dengan kucing.
Kalau b...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"MENGADA-ADANYA perangai kau ni. Pagi tadi kata sakit perut cirit-birit, ni tiba-tiba datang sekolah pulak. Kau memang sengaja nak menyusahkan aku, kan?" ujar Hazel setelah mereka melabuhkan duduk di pondok belakang sekolah.
Betapa panasnya ulu hatinya saat itu.
Alangkah terkejutnya dia apabila Harrazlah gerangan yang mengetuk pintu kelas mereka tadi sewaktu dia dan Andra baru saja ingin mulakan pembentangan. Selepas berbual dan berbincang tentang kelewatannya kepada Cikgu Elis, dia dibenarkan untuk meneruskan pembentangan bersama Hazel. Kedatangan lewatnya juga dimaafkan di atas alasan kukuh yang diberinya. Ya, sebab sakit perut!
Harraz terus mendapatkan Andra yang berdiri di tempat yang sepatutnya menjadi tempat dia berdiri, yakni di sebelah Hazel waktu itu. Konon nak tunjuk baik selamatkan keadaan, ceh... Menyampah aku!
Memang dia sudah agak, Andralah yang akan menjadi hero nak selamatkan Hazel. Ceh... Hero tahi kucing! Dia kurang suka dengan keprihatinan dan perhatian Andra yang diberikan kepada Hazel. Mengalahkan pasangan bercinta pula.
"Apa hal kau datang juga, hah?" soal Hazel mahukan jawapan daripada lelaki itu.
Tadi kat rumah bukan main tak nak datang walaupun sudah dipaksa. Tup... tup... datang sekolah pulak! Macam mana dia tak sebal dengan perangai lelaki itu! Sudahlah memalukannya. Menyusahkan juga!
"Sebab presentation ni aje aku paksa diri datang. Yang pastinya bukan sebab nak selamatkan kau!" balas Harraz.
Air kotak di tangan disedut. Dia menjeling Hazel di sebelah.
"Tadi waktu tidur tak fikir pulak pasal presentation?" perli Hazel sinis.
Geram pulak bila teringat balik detik-detik dia mengejut dan memaksa lelaki itu untuk ke sekolah pagi tadi. Liat sungguh lelaki itu mahu bangun.
"Kau diam boleh? Aku dah datang, kan?" sungut Harraz pula. Bingit mendengar suara Hazel yang banyak soal. Dia segera bangun dari bangku pondok lalu memulakan langkah meninggalkan pondok itu.
"Apa hal tiba-tiba kau sakit perut?" tanya Hazel lagi sambil mengikut langkah Harraz. Masih tidak berpuas hati kenapa Harraz jadikan sakit perut sebagai alasan.
"Kau seriuslah? Kau senggugut aku tak ada tanya pun. Apa hal sibuk sangat? Tanya soalan macam tak pergi sekolah. Orang sakit perut mungkin salah makan, gastrik. Itu pun tak boleh fikir ke?" jawab Harraz bersama jelingan.
"Kau dah menyusahkan semua orang tahu tak? Nasib baik ada Andra. Dia yang offer nak teman aku. Siap nak bentangkan part kau lagi." Dia lebih memuji Andra yang ada sifat perikemanusiaan terhadapnya.
"Oh, iya? Baguslah. Lepas tu aku yang datang selamatkan keadaan kan?" Harraz meneruskan langkah tanpa memandang Hazel. Dia masih rasa dia yang selamatkan keadaan tadi dan bukannya Andra Rifzal yang poyo itu.