CYKB:14

11K 477 10
                                    

"JANGAN risau

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"JANGAN risau. Ungku Harraz hanya demam panas. Dia perlu banyak berehat dan diberikan perhatian. Kalau ahli keluarga nak melawat dia, boleh, cuma jangan ramai-ramai sangat," terang Doktor Yusof yang merawat Harraz malam semalam.

Malam semalam, Harraz dikejarkan ke hospital disebabkan Puan Sri Fazura yang risaukan suhu badan anaknya yang sangat tinggi. Doktor cucuk air ke dalam badannya disebabkan badannya yang kurang air. Harraz juga diletakkan di dalam bilik VIP. Besar dan selesa.

Hazel termenung jauh mengingatkan keterangan doktor semalam. Demam? Nak kata hujan, tak hujan pun semalam apatah lagi hari-hari sebelumnya. Panas aje muka bumi ni. Kalau hujan pun, biasanya malam saja. Itupun, tak pernah langsung Harraz kena hujan.

Demam sebab motor kesayangan? Ergh, mengada-adanya mamat ni. Demam aje pun. Over lebih. Macam budak-budak, level mengada mamat ni.

"Hazel janganlah risau sangat. Harraz demam aje. Kalau Hazel ada, In Syaa Allah, sekejap aje nanti demam dia kebahlah tu," suara usikan itu menjengah telinga.

Topangan dagu Hazel automatik melemah. Dia panggung kepala untuk melihat Puan Sri Fazura yang berdiri di sebelah sofa menunggu di luar wad Harraz. Wanita itu tersengih-sengih tayang barisan gigi putihnya yang teratur sebelum melabuhkan duduk di bangku bersebelahan dengan Hazel.

Iey... Tak ada makna aku nak risau dekat Harraz tu!

Semalam aje aku risau sebab ingatkan si Harraz tu dah arwah!

Tan Sri Ungku Harriz yang baru keluar dari bilik yang menempatkan Harraz memandang Hazel dan isterinya silih-berganti bersama senyuman simpul sebelum melabuhkan duduk bersebelahan dengan isterinya.

"Kalau Hazel nak melawat Harraz, masuklah. Kami dah tengok dia dah. Dia masih tidur. Kesan ubat nurse bagilah tu," ujar Puan Sri Fazura. Hazel tidak angguk, tidak juga menggeleng.

Aku melawat dia? Tak mahu aku! Aku dekat sini pun sebab mom yang suruh aku ikut. Kalau bukan sebab mom, tak ada maknanya aku nak hadirkan diri di tempat yang diselubungi bau ubat-ubatan ini. Melawat dan tengok keadaan mamat itu pun aku tak ingin. Dia sudah menyusahkan semua orang!

Memanglah semalam Hazel cuak bila tersentuh badan Harraz yang mengalahkan suhu cuaca di Arab Saudi itu. Tapi sekarang, perasaannya kembali normal. Dia kembali waras memikirkan status lelaki itu sebagai musuh yang patut dia benci dan bukannya untuk dikasihani. Dia tak rasa bersalah pun buat Harraz sampai demam.

"Hazel rasa lapar nak beli makanan kat bawah. Mom dengan dad nak pesan apa-apa?" Akibat tidak mahu berduaan dengan Harraz di dalam bilik VIP itu, Hazel cuba guna taktik untuk melarikan diri. Dia bangkit dari duduknya.

"It's okay. Kami kenyang lagi. Hazel pergilah beli apa yang Hazel nak. Nah... Ambil duit ni." Seraya itu, Tan Sri Ungku Harriz menghulur not RM50 kepadanya. Terkejut Hazel melihat jumlah wang yang banyak itu.

Cinta Yang Kau Benci (EDITED VER)Where stories live. Discover now