CYKB:23

10.1K 424 19
                                    

PAGI itu sebelum bergerak ke sekolah, Hazel menikmati sarapan pagi sambil menunggu Harraz turun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PAGI itu sebelum bergerak ke sekolah, Hazel menikmati sarapan pagi sambil menunggu Harraz turun. Tapi, selepas 15 minit dia menunggu, kelibat lelaki itu masih belum kelihatan. Lama dia menunggu hanya untuk memberi pesanan kepada lelaki itu supaya melakukan pembentangan yang terbaik. Jangan buat malu kumpulan mereka sudah!

Hazel ingat Harraz sudah pergi tapi selepas menjenguk ke luar, motor kesayangan lelaki itu masih elok di luar, yang membawa maksud dia masih belum ke sekolah.

"Lama betullah dia ni bersiap..." omel Hazel. Keluhannya didengari Puan Sri Fazura.

"Lahhh... Hazel tunggu Harraz ke? Dia tak beritahu Hazel ke? Dia tak pergi sekolah hari ni. Katanya sakit perut," beritahu Puan Sri Fazura. Membesar mata Hazel.

"Hah? Tak nak pergi sekolah?!" suara Hazel naik seoktah. Pandangannya terus terhala ke tingkat atas. Dia ketap gigi menahan geram yang amat.

"Dia mengadu sakit perut. Kesian pulak mom tengok si Harraz tu. Dia mana pernah macam tu. Agaknya, dia betul-betul sakit perut tu," kata Puan Sri Fazura lagi.

"Hari ni Hazel dengan dia kena buat pembentangan untuk projek Sains kita orang. Nak tak nak dia kena pergi jugak! Boleh pulak buat hal sakit perut! Dia mesti nak mengelatlah tu!" terang Hazel, sempat merungut tentang Harraz.

Kau jangan buat hallah Harraz! Kenapalah hari ni juga kau nak menyusahkan aku? Aku tahu ni mesti plan kau nak kenakan aku. Kau memang sengaja nak aku bentang seorang diri. Tak guna punya partner. Tak bawa hasil sungguh!

"Mom rasa dia serius tu. Cuba Hazel pergi tengok." Tak tunggu lama, terus saja Hazel mendaki anak tangga ke tingkat atas.

Kau ni Harraz, waktu-waktu macam inilah kau nak cari pasal dengan aku. Kau sengaja nak buat aku gagal ke apa? Kalau kau nak gagal, kau gagal seorang diri. Jangan tarik aku sekali! Sempat dia membebel di dalam hati sambil memijak anak tangga dengan hentakan yang kuat. Sebal sungguh hatinya tatkala ini!

Di tangga, sempat dia bertembung dan bertegur sapa dengan Tan Sri Ungku Harriz yang segak dan kemas berpakaian pejabat. Lelaki separuh abad itu sempat bertanya jika Hazel sudah mengambil sarapan pagi atau belum.

Selepas menjawab pertanyaan Tan Sri Ungku Harriz, Hazel melajukan langkah kaki ke bilik Harraz.

"Harraz! Harraz, bangun!" kejut Hazel sesudah menceroboh masuk ke dalam bilik lelaki itu.

Patutlah tak perasan langsung dia ada, rupanya dok berselubung dalam selimut. Kaki Harraz, Hazel goncang kuat, namun lelaki itu langsung tidak merasa tidurnya terganggu.

Hazel naik bengang. Pagi-pagi buta kau buat hal, ini yang bikin hati aku panas ni!

"Eh, Harraz! Bangunlah! Hari ni kita ada presentation! Bangunnnnnn!!! Kau jangan nak buat-buat sakit. Bangun sekarang!" Hazel menjerit betul-betul di tepi telinga lelaki itu. Biar pecah gegendang telinganya.

Cinta Yang Kau Benci (EDITED VER)Where stories live. Discover now