CYKB:11

11.3K 489 6
                                    

HAZEL memandang sekeliling yang gelap

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HAZEL memandang sekeliling yang gelap. Dia dan Harraz masing-masing bersandar di dinding bilik perpustakaan. Mereka masih belum berjaya keluar dari situ. Hazel sudah cuba hubungi beberapa orang guru melalui Whatsapp untuk memaklumkan kepada mereka bahawa dia dan Harraz terkunci di dalam perpustakaan. Malangnya, satu panggilan pun tidak berjawab. Mesej yang dihantar pun masih tiada balasan.

Sudah lama mereka terperangkap di situ, namun satu bantuan pun tidak datang lagi. Yang peliknya, cikgu yang mendenda mereka berdua juga tidak munculkan diri sejak petang tadi. Agak-agak kenapa ya? Adakah perkara ini disengajakan atau tidak disengajakan? Apakah mereka terlupa tentang dia dan Harraz yang didenda?

Mereka sendiri tidak pasti sudah berapa lama mereka terperangkap di dalam perpustakaan. Yang pasti, malam sudah melabuhkan tirai. Sekarang sudah larut malam. Lampu pun sudah lama tertutup. Mereka kepanasan di dalam perpustakaan itu sejak beberapa jam yang lepas.

"Erghhhh... Panasnyaaaa..." rengus Hazel tidak tertahan lagi. Dia menggunakan buku untuk mengipas diri sendiri.

"Iey, ahli neraka," jeling Harraz sekilas.

Hazel menyiku bahu Harraz.

"Baik sikit mulut kau tu. Neraka-neraka jangan sebut. Ada yang balik kepala senget kang."

"Lagipun, orang yang tak solat tu yang patut fikir neraka," sambungnya lagi sebelum tersengih sinis kepada Harraz. Harraz diam tidak membalas.

Situasi diam dan hening sebentar sebelum kedengaran bunyi sesuatu yang datangnya dari perut Hazel.

Gruuu...

Mayday... Mayday... Kecemasan kerana kelaparan.

Terdengar decitan dari bibir Harraz selepas mendengar tanda-tanda orang sebelah sedang kelaparan.

"Isy... Kau ni. Menjijikkan la," rungut Harraz.

"Kau ni... Macam mana aku nak kawal? Lagipun, waktu rehat tadi aku memang tak makan," beritahu Hazel sambil mencengkam perutnya.

"Mana nak ingat makan kalau dah sibuk dating dengan boyfriend kau, kan?" Sempat Harraz menyindir Hazel, mengingatkan Hazel dengan Andra yang berduaan di perpustakaan selepas kelas tambahan tamat tadi.

Hazel berpaling ke arah lain. Memukul perut sendiri yang semakin rancak membuat konsert di dalam sana. Tiba-tiba ada plastik gula-gula mentos yang dihulur ke arahnya. Hazel menoleh memandang Harraz di sebelah. Ditenung huluran itu. Dia hulur kat aku ke?

Hazel telan liur. Gula-gula mentos pun dia nampak macam paha ayam goreng. Nampak benar dia sangat lapar.

"Kalau kau tak nak, aku makan," ujar Harraz dengan malas sebelum dia ingin menarik semula tangannya.

"A... Aku nak! Bagi aku!" Hazel merebut gula-gula mentos itu dari genggaman Harraz secara rakus.

Sebenarnya, waktu rehat tadi dia tak makan pun sebab tak ada selera. Tidak peliklah mengapa dia tidak berselera kerana sekarang dia sedang berada dalam fasa datang bulan.

Cinta Yang Kau Benci (EDITED VER)Where stories live. Discover now