CYKB:12

11.4K 550 22
                                    

PAGI itu, Hazel bangun agak lewat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PAGI itu, Hazel bangun agak lewat. Siapa punya salah? Semestinya dia sabitkan kesalahan ini sepenuhnya kepada Harraz. Kalau bukan sebab lelaki itu yang buat masalah semalam, mereka berdua takkan terkunci di dalam perpustakaan sehingga lewat malam dan dia juga takkan pulang lewat dan tidur lewat!

Kes pagi tadi. Dia tersedar pun sebab Puan Sri Fazura yang kejutkan dia. Puan Sri Fazura sendiri hampir terlupa tentang Hazel kerana dia fikir gadis itu sedang bersiap. Dan buat pertama kali dalam hidup, Hazel mandi kerbau sebelum ke sekolah tadi.

Pukul 7:10 pagi dia bangun dan bersiap, pukul 7:30 baru dia sampai sekolah. Tak pasal-pasal nama dia tersemat di dalam rekod kedatangan lewat pelajar.

Cikgu Rizalina pun terkejut bila Hazel masuk bilik disiplin tadi untuk rekodkan nama kerana dia tahu Hazel tak pernah datang lewat. Nama Hazel bersih. Hazel antara pelajar harapan sekolah ini. Tapi disebabkan Harraz, segalanya hancur!

Mungkin bagi orang lain ini perkara kecil saja, tapi bukan untuk seorang perfectionist seperti Hazel! Hazel sangat strict bila melibatkan nama dan maruahnya.

Oleh itu, dia punya rancangan jahat untuk membalas dendam kepada lelaki itu.

"Syifa! Sinilah! Kau tercegat apa lagi kat situ?" panggil Hazel di sebalik motor Honda CBR500R milik Harraz. Syifa melihat sekeliling sebelum dia berlari anak ke arah Hazel. Takut-takut Syifa memandang sekeliling mereka.

"Hazel... Kau biar betul nak buat benda ni? Aku... Takutlah. Kenapa kau libatkan aku?" Syifa menampar bahu tak bersalah Hazel. Tidak puas hati kerana Hazel mengajaknya melakukan kerja jahat itu bersama-sama. Walaupun dia enggan untuk turut bersubahat, Hazel tetap memaksanya.

Sementelah Hazel pula cuma memerlukan Syifa untuk jaga keadaan sekeliling sementara dia ingin khianat motor kesayangan Harraz. Semestinya dia tak mahu sesiapa nampak kerja kotornya, lagi-lagi Harraz mahupun geng mamats dia tu.

"Tak payah takutlah, Syifa." Hazel cuba tenangkan Syifa sebelum dia bergerak mendekati tayar motor Harraz.

Hazel tersenyum jahat. Tak sabar nak laksanakan plan jahatnya.

"Bak pin tudung kau," minta Hazel menghulur tangannya di depan Syifa sambil matanya tetap melekat pada tayar motor Harraz bersama dendam yang berat ditanggung.

Memandangkan Syifa bertudung, cuma dia saja yang ada pin tudung. Berkerut dahi Syifa mendengar permintaan Hazel yang tidak masuk akal. Sudah tentu dia tahu apa yang ingin dilakukan oleh gadis itu melihatkan gayanya yang tunak merenung tayar motor itu sejak tadi.

"Gila ke apa kau ni? Tayar motor ni keras bukan macam tayar basikal. Silap-silap, bukan tayar ni yang bocor tapi pin tudung aku yang patah. Kau kelas dah pandai tapi otak..." Akibatnya, kepala Hazel menjadi mangsa tunjalannya. Hazel sedikit ternganga apabila Syifa menolak tubuhnya ke tepi dan mengambil alih tempatnya.

Cinta Yang Kau Benci (EDITED VER)Where stories live. Discover now