HARI Sabtu ialah hari yang seronok untuk berehat di rumah. Berehatlah dulu sebelum nak duduki ujian besar nanti. Dia sudah belajar. Penat setelah berejam belajar, dia turun ke bawah. Raziq cuti hari ini, jadi dia minta Raziq masakkannya spaghetti. Teringin.
Tubuh sasa Raziq diperhati dalam diam. Memandangkan Raziq selalu menghabiskan masa di dapur waima selepas habis bekerja, Hazel lah yang menjadi penemannya.
"Kalau nak memasak ni, Lia kena selalu-selalukan diri masuk dapur. Bukannya sebulan sekali baru nak jenguk dapur." Sempat Raziq membebel sambil merebus spaghetti.
Macam biasa, kalau nak memasak kenalah pakai apron. Lelaki pakai apron, sumpah tak tipu comel!
"Eh, Lia selalulah masuk dapur. Tapi, nak ambik makananlah. Hehehehehe..." gurau Hazel. Tahu sangat Raziq memerlinya tapi dalam masa yang sama, nak menggalakkannya untuk belajar memasak.
Dia bukan tak pandai masak, tapi dia malas. Malas nak memasak menyebabkan sampai sekarang dia tak pandai masak. Setakat nanak nasi dan masak mamee dia tahulah.
Hazel ralit bermain dengan bekas lada di atas bar. Sambil-sambil itu, dia cuci mata pandang belakang Raziq yang sedang memasak. Handsome!
"Orang cakap betul-betul, dia nak mainkan kita pulak. Abang bukan apa, Lia tu ada suami. Suami Lia pun nanti nak rasa air tangan Lia. Sebab itulah, abang nak ajar Lia memasak," kata Raziq dengan tulus.
Dia kenal Kamilia Hazel seorang gadis yang tidak minat memasak. Paling malas nak belajar memasak.
"Alah... nanti hire aje seorang maid. Lia tak larat tau nak memasak ni. Lia kan tengah pregnant." Alasan itu adalah alasan yang paling terbaik buat masa sekarang.
Alah, nak masak buat apa? Harraz itu belum tentu lagi nak makan masakan dia. Entah-entah nanti dibuang makanan itu hidup-hidup.
Eh, yang kau fikir nak masakkan dia buat apa? Pandai-pandailah dia cari makan sendiri. Kalau masak untuk Raziq, itu boleh. Demi Abang Raziq, dia sanggup buat apa sahaja.
"Mulut tu banyak sangat bagi alasan, kan?" Suara Raziq menahan geram dengan mulut sepupunya yang banyak jawapan itu.
Langkah kakinya bergerak mendekati peti ais lalu diambil daging ayam yang sudah dipotong kepada cebisan semalam. Seperti yang diajar oleh maknya, Haziqah, daging ayam harus dipotong kecil-kecil menjadi petak-petak.
Hazel bangkit dari kerusi lalu mendekati Raziq yang sedang membasuh cebisan ayam.
"Untungnya siapa dapat bersuamikan abang. Tak payahlah isteri abang susah-susah bangun pagi berperang kat dapur. Sebab awal pagi lagi abang dah get ready semuanya. Kalau Lia jadi orang yang beruntung tu kan, Lia memang takkan lepaskan abang tahu. Walau sesaat," getus Hazel. Dalam hati sungguh memaksudkannya.
YOU ARE READING
Cinta Yang Kau Benci (EDITED VER)
Romance[WARNING! CLICHE & CRINGE STORYLINE] Pernah pecah rekod sebab asyik keluar masuk bilik disiplin? Harraz dan Hazel pernah. Bagi mereka, bilik disiplin sekolah ibarat rumah kedua. Satu dunia tahu Harraz dan Hazel seperti anjing dengan kucing. Kalau...