"WHAT?!" Bergema satu kelas dengan suara Syifa terkejut selepas mendengar berita yang dimaklumkan oleh Hazel.
Hazel cepat-cepat menekup mulut Syifa sambil tayang sengih pada mata-mata yang memandang ke arah mereka.
Selepas mereka kembali fokus pada kerja masing-masing, Hazel menampar lembut bahu Syifa.
"Slow sikit. Aku tahulah kau terkejut tapi aku lagi terkejut. Kau sorang aje yang aku percaya sekarang. That is why aku beritahu semua ni sebab aku tak tahu nak luah dekat siapa rasa geram yang aku alami sekarang ni." Hazel menggenggam tangan Syifa.
Syifa yang merasakan sejuk tapak tangan Hazel, terus menarik tangannya lalu merapati Hazel.
"Mak aih... sejuknya tangan kau! Okey Hazel. Aku janji, aku takkan beritahu sesiapa. Aku janji. Kau boleh percaya aku." Syifa mengangkat tangan paras bahunya, berjanji.
Dia amanah dalam bab berpegang pada janji ni.
Dalam dia menjerit tadi , dia terkejut tambah teruja.
Dia dah agak dah! Kamilia Hazel dan Ungku Harraz pasti akan bersatu sebab membenci sangat! Masin mulutnya.
Mereka berdua duduk di tempat yang tersembunyi sedikit.
Mata Hazel jatuh pada sepasang mata yang ralit memerhatikannya. Hazel mendengus lalu menjeling.
Siapa lagi kalau bukan Harraz tu! Semak samun!
"First of all, kau kena percaya qada dan qadar. Mungkin semua ni jadi bersebab. Tak apa. Apa-apa pun, aku akan doa untuk kau," kata Syifa.
Ada sebab. Ya, sebab nak memusnahkan lagi hidupnya! Hidup dengan Ungku Harraz adalah perkara yang tak pernah terbayang di minda. Ini semua malapetaka!
KEPALANYA ditarik secara paksa dan diheret sehingga ke belakang sekolah. Hampir luruh jantungnya apabila pelaku yang menariknya tanpa kebenaran itu ialah Tiara. Tiara menolak tubuh Hazel ke dinding. Dua orang lagi ahlinya berdiri di bucu dinding. Terjenguk-jenguk kepala mereka di sebalik dinding. Menjaga kawasan itu dari didatangi oleh pelajar lain.
Tiara berdiri di hadapan Hazel sambil berpeluk tubuh.
"Kau kenapa ek, Hazel?" soal Tiara. Hazel mengerutkan dahi. Apa yang kenapa?
"Kenapa dengan aku? Kau tu yang kenapa? Apa hal kau tarik aku ke sini?" soal Hazel kembali bersama wajah tidak puas hati. Dia membetulkan sanggul rambutnya yang sudah longgar kerana ditarik oleh Tiara tadi.
Sudahlah tempat ini pernah ada kes pelajar bunuh diri. Semua pelajar gerun nak jejak kaki di kawasan ini. Tak pasal-pasal dirinya ditarik ke sini tanpa sebab.
YOU ARE READING
Cinta Yang Kau Benci (EDITED VER)
Romance[WARNING! CLICHE & CRINGE STORYLINE] Pernah pecah rekod sebab asyik keluar masuk bilik disiplin? Harraz dan Hazel pernah. Bagi mereka, bilik disiplin sekolah ibarat rumah kedua. Satu dunia tahu Harraz dan Hazel seperti anjing dengan kucing. Kalau...