SELEPAS tamat waktu persekolahan, dia dijemput oleh Pak Ucop seperti biasa. Sesampai sahaja dipekarangan banglo dua tingkat milik Tan Sri Ungku Harriz, Hazel keluar dari kereta lalu mendekati Puan Sri Fazura yang sedang menyiram pokok-pokok kecilnya di hujung halaman rumah.
"Assalamualaikum, mom!" tegur Hazel seraya memeluk Puan Sri Fazura dari belakang.
Sejak tinggal di sini, hubungan dia dengan ibu kepada musuhnya itu sangat akrab dan mesra. Layanan Puan Sri Fazura kepada Hazel juga seperti mak melayan anak kandung sendiri. Patutlah Harraz cemburu dengannya!
"Waalaikumussalam. Dah balik dah menantu mom ni." Puan Sri Fazura membalas sapaan Hazel bersama senyuman. Kemudian, pipi lembut Hazel dicium penuh kasih sayang.
Walaupun tak berapa setuju dengan gelaran ' menantu' itu, Hazel tetap suka bila Puan Sri Fazura memanjakannya. Mungkin sebab bila dengan uminya, dia tak dapat layanan sebegitu. Umi kan hati keras!
Dia melihat tindak-tanduk wanita itu yang sedang menyiram air dari saluran paip ke tumbuhan yang sedang membunga dengan mekar. Pandai Puan Sri Fazura jaga tumbuh-tumbuhannya.
"Harraz mana? Tak balik lagi?" tanya wanita itu bila tidak nampak kelibat anaknya yang seorang itu.
Automatik Hazel melingas ke arah gate masuk. Mencari kelibat Harraz. Manalah tahu dia baru sampai dengan motor besar dia. Tapi bunyi enjin motor dia pun tak kedengaran.
Dia sendiri mati akal ke mana lelaki itu pergi. Selalunya, mereka selalu sampai serentak.
"Hmm... entahlah. Dia tak bagi tahu apa-apa pun kat Hazel. Mungkin dia jumpa kawan dia kut," teka Hazel, sekadar menyedapkan hati Puan Sri Fazura. Lantaklah mamat tu nak singgah mana pun. Bukan hal aku.
"Tak apalah kalau macam tu. Pergilah masuk. Mandi, lepas tu makan. Mom masak special tau hari ni." Puan Sri Fazura senyum lebar. Hazel membalas senyumannya.
"Wah... ada ketam ke?" gurau Hazel bersama sengihan nakal.
"Amboi..." Wanita itu memandang Hazel atas bawah.
Hazel ketawa kecil. Suka dia mengusik wanita itu.
"Hazel masuk dulu tau," pamitnya. Puan Sri Fazura angguk kepala bersama senyuman.
Dia masuk ke dalam rumah. Didaki tangga ke tingkat atas. Masuk saja ke dalam bilik, dia melepaskan keluhan kepenatan. Nasib baik hari ini tak ada kelas tambahan. Sudahlah kerja sekolah berlambak cikgu-cikgu beri.
Kaki melangkah ke arah almari lalu menggapai tuala yang baru. Badan terasa melekit kalau tak mandi. Ikutkan rasa penat ini, mahu saja dia tidur sekali dengan baju sekolah tapi dia tak nak tangguh-tangguh kerja. Ada kerja sekolah yang perlu dihantar esok juga. Lepas bersihkan diri, dia terus nak buat kerja sekolah. Lepas tu baru boleh tidur dengan tenang.
YOU ARE READING
Cinta Yang Kau Benci (EDITED VER)
Romance[WARNING! CLICHE & CRINGE STORYLINE] Pernah pecah rekod sebab asyik keluar masuk bilik disiplin? Harraz dan Hazel pernah. Bagi mereka, bilik disiplin sekolah ibarat rumah kedua. Satu dunia tahu Harraz dan Hazel seperti anjing dengan kucing. Kalau...