PERTUNANGAN dan pernikahan berlangsung pada hari yang sama. Pagi tunang, petang nikah. Hazel melepaskan nafas berat, kepenatan.
Bila keluarganya kata segalanya sudah diatur, bermakna mereka sudah bersedia dengan segala kemungkinan atau perubahan yang bakal berlaku. Segala persiapan sudah kemas diatur oleh kedua-dua belah pihak.
Di awal majlis lagi Hazel sudah diberi amaran oleh Datin Harsyifah untuk tidak melakukan perkara yang boleh menjatuhkan maruah kedua-dua belah keluarga.
Hazel kelihatan cantik dengan solekan ringkas, cukup ingin menampakkan seri sebagai bakal isteri orang. Rambutnya pula sudah didandan kemas dan cantik oleh jurumekap gaya french twist.
Majlis tersebut cuma melibatkan saudara-mara terdekat sahaja. Mereka semua sudah beransur pulang selepas menjamu makanan dan mengambil gambar.
Perasaan Hazel sekarang... kosong. Dirasakan semua ini adalah satu kesilapan besar yang pernah dia buat dalam hidupnya sepanjang 17 tahun ini. Hati menjerit supaya lari tinggalkan majlis itu tetapi punggung seakan melekat, kaki seakan terpaku. Lagi-lagi apabila sepanjang majlis, Datin Harsyifah asyik menjegil mata ke arahnya supaya tetap mengukir senyuman di bibir.
Patutnya, kes di bilik stor hari itu boleh dijadikan alasan untuk membatalkan majlis ini, namun Tan Sri Ungku Harriz dan Puan Sri Fazura langsung tidak menimbulkan isu itu walaupun mereka sudah tahu.
Mereka tidak akan membiarkan perkara itu menjejaskan majlis pernikahan anaknya dengan Hazel.
Ikutkan nafsu jahat Hazel saat itu, mahu saja dia mereka cerita yang mengaibkan diri sendiri supaya keluarga Harraz membenci dirinya, tetapi setiap kali dia nak buat benda tak elok, ada satu perasaan yang menghalang. Entah kenapa. Tak terkeluar dek mulut, tak berjalan dek kaki.
Selepas selesai semuanya, mereka bergerak pula ke rumah keluarga Harraz. Disebabkan Datin Harsyifah dan Dato Kusyairi akan bergerak ke London malam ini, Hazel akan menetap di rumah Tan Sri Ungku Harriz dan Puan Sri Fazura buat sementara waktu. Dia bakal menjadi anak asuhan keluarga itu.
Majlis sudah selesai, Hazel lega. Dia lebih lega sebab Mak Long Haziqahnya tidak datang kerana ada urusan di kampung yang tidak dapat dielakkan.
Kalau mak long datang, mesti dia dapat jumpa lelaki yang sudah lama dia tidak jumpa setelah bertahun-tahun. Lelaki yang dia damba sejak kecil. Cinta pertamanya dari dulu sehingga sekarang, tidak pernah terganti lagi. Bertahun-tahun dia setia dengan lelaki itu!
Bukan dia tak suka Mak Long Haziqah dan Raziq datang. Raziq boleh hadiri segala jenis majlis, tapi bukan majlis pertunangan atau perkahwinannya dengan Harraz! Kecuali kalau itu majlis dia dan Raziq. Itu tak apa!
Hazel tersengih seorang diri mengingatkan jejaka idaman yang berada jauh dari mata. Tetapi sentiasa dekat di hatinya.
"Hazel tersengih-sengih pula. Suka ke umi nak pergi ni?" tegur Datin Harsyifah. Hazel terus tersedar dari dunia khayalannya.
YOU ARE READING
Cinta Yang Kau Benci (EDITED VER)
Romance[WARNING! CLICHE & CRINGE STORYLINE] Pernah pecah rekod sebab asyik keluar masuk bilik disiplin? Harraz dan Hazel pernah. Bagi mereka, bilik disiplin sekolah ibarat rumah kedua. Satu dunia tahu Harraz dan Hazel seperti anjing dengan kucing. Kalau...