CYKB:25

9K 425 7
                                    

SELEPAS pulang dari sekolah, Hazel menghabiskan masanya di dalam bilik sepanjang hari

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SELEPAS pulang dari sekolah, Hazel menghabiskan masanya di dalam bilik sepanjang hari. Lagu Taylor Swift yang dipasang dari playlist Musinya menjadi teman sepanjang dia mentelaah buku-buku pelajarannya di atas lantai bilik yang sejuk. Telinganya yang ditutup dengan headphone itu sedang mendengar dendangan lagu-lagu dalam volum yang paling maksimum.

Terangguk-angguk kepalanya menjiwai lirik lagu 'Style' yang dinyanyikan oleh penyanyi kegemarannya itu. Helaian kertas buku teksnya diselak sebelum bahunya ditolak kasar oleh tangan besar milik seseorang.

Hazel menoleh memandang Harraz yang tayang wajah berangnya. Dicabut headphone dari kepala sebelum bangun dari baringnya.

Direnung wajah Harraz yang sedang tercungap-cungap. Sleeveless shirt birunya basah di bahagian ketiak dan leher, menandakan dia baru habis berjogging. Selalunya petang-petang begini, Harraz memang selalu keluar jogging dengan Iskandar di taman tasik berdekatan.

"Kau ni kenapa? Nampak tak aku tengah belajar? Hormat sikit boleh tak? Kita ni orang Melayu kaya dengan adab, budi, sopan santun. Kau ni Melayu-Barat sesat ni," bebel Hazel menyilang tangan ke dada.

"Kau tak payah banyak mulut. Kau memang suka cari pasal dengan aku kan, Hazel?" Harraz menolak bahu Hazel beberapa kali.

Kurang asam punya lelaki!

"Yang kau nak tolak-tolak aku ni apa hal? Benda boleh bawa bincang, kan? Berani kau sentuh aku eh," balas Hazel langsung berdiri. 

Ringan saja tangannya mahu melayangkan penumbuk ke wajah Harraz kerana berani menyentuh dirinya sesuka hati. Sakit tahu tak?

Hazel memberanikan diri berhadapan dengan Harraz. Kakinya terpaksa dijengket sedikit setakat yang mampu supaya dirinya kelihatan lebih tinggi dari Harraz. Malangnya, jengketlah setinggi mana pun, dia tetap tidak dapat melawan ketinggian Ungku Harraz.

Harraz tersenyum sinis melihat kesungguhan Hazel yang cuba menandingi ketinggiannya.

"Oh... nak bincang? So, memang kaulah yang jatuhkan motor aku kat depan tu, kan? Apa masalah kau sebenarnya? Aku baru kilatkan dia semalam tau. Cuba cakap kat aku, apa yang kau tak puas hati sangat dengan aku? Sekarang, aku ada depan mata kau. Cakap!" jerkah Harraz.

Tubuh Hazel mengeras. Diteguk liur yang terasa payah ingin ditelan. Kesat! Alamak... sudah kantoi!

Memang dia yang jatuhkan motor Harraz sebab nak balas dendam selepas lelaki itu bertindak separuh gila di sekolah tadi. Ada ke patut dia mengaku aku ni awek dia sedangkan semua orang tahu yang kami ni bermusuhan?

Itu yang dia jadikan motor besar kesayangan Harraz itu sebagai mangsa untuk melepaskan marah dan geramnya.

Selepas memastikan Harraz sudah keluar berjogging tadi, terus dia pergi 'kerjakan' motor lelaki itu. Walaupun Harraz sudah tampal sticker amaran; 'AKU HARAMKAN TANGAN LAIN YANG MENYENTUH MOTOR INI!', Hazel tetap berani menyentuh motor kesayangan lelaki itu.

Cinta Yang Kau Benci (EDITED VER)Where stories live. Discover now