CYKB:21

11.4K 497 27
                                    

"WEH perempuan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"WEH perempuan." Tiara datang dengan wajah menyampah.

Teguran kasar dihambur ke muka perempuan yang sangat sangat dibencinya itu. Hazel panggung kepala memandang Tiara.

"Puas hati kau tengok aku dengan Harraz dah break?" Meroyan si Tiara.

Cerita dah lama pun, masih nak dibangkitkan? Dia orang break bukan sebab aku pun. Eee, bala! Sengaja nak cari point bergaduh dengan akulah ni. Fikir Hazel.

"Aik, apa pulak kaitan aku dengan hubungan kau orang?" Hazel pelik.

Dia tak buat salah pun dia dituduh. Tak pernah terdetik sedikit pun di dalam hatinya untuk iri dengan hubungan Tiara dan Ungku Harraz.

Nak couple, couple lah. Ingat aku kemaruk sangat? Aku pun ada perasaan nak bercinta juga, tapi bukan dengan lelaki kau. Hazel membalas di dalam hati.

"Kau sebenarnya jealous dengan kita orang kan? Entah-entah, Harraz break dengan aku sebab kau!" jerkah Tiara Alina dengan marah.

Sakit hatinya masih tak terubat. Sangat sakit. Malam tak boleh tidur, belajar tak boleh fokus, makan tak ada selera, mandi tak bersabun.

Over!

"Kau ni kan Tiara, sebenarnya ada masalah hati. Aku tahu kau benci aku that's why semua benda, kau nak cari salah aku aje. Eh, kalau aku nak Harraz tu, dari dulu lagilah aku dah ngurat dia. Tapi, perangai dia tu buat aku nak santau dia lagilah ada. Kau ingat lelaki kau tu perfect sangat ke sampai aku nak terhegeh-hegeh kat dia?" Berani Hazel kali ini.

Selama ini dia hadap aje perangai biadab Tiara terhadapnya, tetapi sekarang kesabarannya sudah melebihi tingkat yang paling teratas.

Dia tak tahu lagi aura kalau Kamilia Hazel dah bersuara, memang habislah semua dia bidas. Mulut Kamilia Hazel pun boleh tahan pedasnya tau. Lagi pedas dari cili ghost pepper.

"Cara apa lagi kau nak aku buat? Aku dah buat macam-macam untuk jatuhkan kau tapi kau still ada kat sini. Aku paling benci tengok muka kau. Kau ni bernasib baik aje, ada ramai orang belakang kau. Kau guna apa? Sampai Harraz pun tinggalkan aku sebab engkau!" tengking Tiara. Dia banyak menyimpan rasa dendam di dalam hatinya.

Nasib baik keadaan kelas masih kosong.

"Asal kau ada masalah dengan Harraz aje, akulah yang tiba-tiba terbabit? Gila apa? Kau ada masalah dengan dia, kau pergi settle dengan dialah. Bukan lepas geram and marah dekat aku," tempelak Hazel.

"S****l. Perangai perempuan tak ada maruah." Tiara berkata perlahan. Cukup untuk mereka berdua dengar.

Aih, ini sudah melebih. Kurang ajar perempuan ni. Kau tu sebenarnya yang tak ada maruah. Hazel balas di dalam hati aje.

Kalau ikutkan sukma yang meronta-ronta mahu membalas itu, memang mati jiwa Tiara dek penangan mulutnya yang pedas. Disebabkan Tiara gadis saja, dia tidak mahu lebih-lebih.

Cinta Yang Kau Benci (EDITED VER)Where stories live. Discover now