Bab 10

15.5K 732 49
                                    

Saat ku mulai menyedari
Perasaan ku
Tak pernah dipeduli
Salahkah diriku
Apa ku tak punya harga







👓👓👓






"Jom, turun." Tg Rasydan mengajak sebaik saja kereta dihentikan di sebuah restoran mewah.

Maya menelan liur memerhatikan restoran ini. Tak pernah dia menjejakkan kaki di tempat mewah sebegini.

Pintu kereta di sebelahnya dibuka oleh Shahrul.

"Jom." Lelaki itu mengajak.

"Kita...nak makan kat sini?" Maya teragak agak bertanya.

"Ya. Jom."

Liur ditelan sebelum dia turun dari kereta. Langkah kedua dua lelaki itu diekori perlahan.

Seorang lelaki memakai vest hitam dan berkemeja putih menunduk sebelum membukakan pintu untuk mereka.

Janggal! Itulah yang Maya rasakan. Menyesal pula mengikut Tg Rasydan ke situ. Nak saja dia larikan diri. Matanya melilau ke arah beberapa orang pelanggan di dalam restoran. Berpakaian sangat bergaya walaupun ringkas.

Dia pula... Maya meneliti pakaian ditubuhkan. Sneaker, seluar jeans, T-shirt berlengan panjang dan beg sandang lusuh. Wajahnya terasa membahang. Rendah diri rasanya berada di restoran itu.

"Maya, come. Duduk sini." Shahrul sudah menarik kerusi untuknya.

Perlahan lahan Maya mengikut. Tg Rasydan berada di depannya manakala Shahrul di tepinya.

Wajahnya ditundukkan sehingga seorang pelayan datang menghulurkan menu.

Melihatkan Shahrul dan Tg Rasydan sudah membelek menu, tangannya turut bergerak membuka buku menu itu.

Maya terpaku melihat harga yang terpampang bersebelahan nama makanan yang dipaparkan. Sangat mahal. Tak pernah terlintas di fikirannya untuk makan makanan semahal itu. Nama makanan pula...aduh! Pelik pelik. Mahu tergeliat lidahnya menyebut nanti.

"Kau nak makan apa?" Tg Rasydan menegur apabila Maya asyik membelek menu dari tadi.

Maya mengangkat muka. Menu ditangannya perlahan lahan ditutup. "Em, saya tak makan. Awak saja." Perlahan saja suaranya sebelum menolak menu menjauhinya.

Tg Rasydan mengerutkan kening. "Kenapa? Kau tak suka makan kat sini? Nak ke tempat lain?"

Maya menggeleng.

"Habis tu? Kau tak nak makan dengan aku?" Tg Rasydan mendesak.

"Saya jumpa awak bukan nak datang makan."

"Ya, aku tahu. Tapi makan la dulu." Menu di depannya kembali di belek. "Aku order steak untuk kau. Nak?" Maya di depannya dipandang.

"Tak payahlah." Wajahnya berkerut kerut. Dia tidak pernah makan makanan sebegitu. Entah kena atau tak dengan seleranya.

"Awak nak makan apa, Maya. Just tell me. Hmm?" Shahrul pula memujuk.

I Choose You | ✔Where stories live. Discover now