Kau ada di dalam kalbuku
Hadirkan aku rasa
Titisan cintamu sebenar
👓👓👓
Maya terus mengemaskan dan mengelap meja di luar kedai sebaik saja meja itu ditinggalkan. Suasana bingit budak budak muda yang memenuhi kedai makan itu langsung tidak mengganggu konsentrasi kerjanya.
Selesai, langkah dihala untuk kembali masuk ke dalam kedai namun suara sekumpulan lelaki berjaya membuatkannya menoleh.
"Order!"
Maya bergegas ke meja yang paling hujung itu setelah meletakkan cawan kotor di dapur. Bersiul siul mereka sebaik saja Maya merapati.
Buku nota dikeluarkan dari poket apron. "Ya, encik. Order?" Dia sudah bersedia untuk mengambil pesanan dari mereka.
"I nak you boleh?" Kata kata salah seorang dari mereka disambut dengan gelak tawa daripada rakan rakannya yang lain.
"Saya tak jual. Nak makan apa ya?" Maya masih melayan walaupun mukanya sudah ketat menahan marah.
"Kalau I nak beli you juga macam mana?" Lelaki tadi tersengih membuatkan Maya meluat.
"Jangan main main boleh tak? Kalau tak nak order lagi, saya datang kejap lagi." Maya menutup buku nota untuk berlalu dari situ.
Tiba tiba tangannya ditarik menghentikan langkahnya. "Jangan sombong sangat. Temankanlah kami kat sini."
"Lepas!" Maya berkata tegas. Dia meronta kecil.
Kejadian seperti ini bukan pertama kali berlaku. Pekerja wanita di kedai ini sering saja diganggu ketika mengambil atau menghantar pesanan.
"Eh, aku minta teman je pun. Bukannya nak ajak kau pergi hotel." Kata kata lelaki yang memegang tangan Maya disambut dengan gelak tawa oleh rakan rakannya.
"Jangan nak kurang ajar ya." Matanya merenung tajam lelaki itu.
"Kau tu jangan nak kurang ajar. Kalau dah namanya pelayan, buat cara pelayan." Kata kata salah seorang dari mereka benar benar membuatkan Maya berang.
Maya menoleh pada empunya suara. Kecil molek saja orangnya. Ni kalau dia bagi terajang, mahu melayang sampai ke hujung jalan gamaknya.
Mata Maya kemudian jatuh pada lelaki di sebelah si kecil molek itu. Dia perasan, lelaki itu tidak banyak ketawa dari tadi. Hanya senyuman saja terukir di hujung bibir itu.
Lelaki itu menjongket kening. Maya terus mengalihkan wajah kembali ke arah lelaki yang masih erat memegang tangannya.
Maya merengus kasar. "Lepaskan tangan saya, encik."
"Lembut macam ni takkan lah aku nak lepas pula. Hmm?" Lelaki itu mula mengelus tangannya.
"Lepas!" Maya meronta kuat. Pelanggan berdekatan sudah mencuri pandang pada mereka.
Lelaki itu hanya tersenyum sinis. Maya makin berang. Kaki lelaki itu dipijak kuat. Sebaik saja tangannya terlepas dari pegangan lelaki itu, terus ditolak tubuh itu sehingga terjatuh dari kerusi.
Makin gamat pelanggan di situ tergelak.
"Lain kali jangan nak kurang ajar ya. Kalau datang nak makan minum, buat cara nak makan minum. Kalau tak, boleh berambus dari sini. Kami tak bankrap lagi la kalau hilang pelanggan perangai gatal macam kau ni!" Maya menghambur lelaki yang masih terduduk menggosok pinggang itu.
"Maya!"
Maya tercengang. Terus menoleh ke belakang. Tertunduk dia menyedari pemilik kedai makan sudah menghampiri.
YOU ARE READING
I Choose You | ✔
Romance~Cintaku lebih besar dari cintanya, mestinya kau sedar itu, bukan dia, tapi aku~ Tengku Rasydan / Maya Arisha ❄ Who are you? ❄ Her fright, her face, buat aku ingat Nia. Macam mana aku nak elak dari dia? Dia ingatkan aku pada Nia. ❄ Awak sedar tak ap...