Bab 20

14.6K 656 22
                                    

Kamu hanya perlu terima
Tak harus memahami
Tak harus berfikir
Hanya perlu mengerti
Aku bernafas untukmu









👓👓👓



Maya terpisat pisat membuka mata dan menggosoknya beberapa kali sebelum teraba raba mencari cermin mata. Tiada!

Ketika itu baru dia teringat. Dia balik dari rumah Asyran sehelai sepinggang. Semua cermin mata, telefon dan dompetnya ditinggalkan di sana. Keluhan dilepaskan.

Dengan langkah pendek, Maya mencapai tuala dan terus masuk ke dalam bilik air. Benar, tanpa cermin mata, dia bagaikan hilang penglihatannya.

Selesai membersihkan diri, pakaian disarung. Dia perlu ke rumah Asyran.

"Intan! Intan!" Maya memanggil. Pintu bilik dibuka dan dia hanya berdiri di muka pintu.

"Ya?" Intan menjenguk dari dapur.

"Tolong aku. Pakaikan lens."

Intan menggeleng. Dia membasuh tangan dan masuk ke bilik Maya. Mujur juga dia turut memakai contact lens. Jika tidak, sama terkial kial juga dengan Maya.

Dia memakaikan contact lens itu pada mata Maya. Semalam, dia juga yang membukanya.

"Kau nak ke mana ni?" Intan bertanya.

"Nak ke rumah Asyran."

"Buat apa?"

"Barang barang aku semua kat sana."

"Habis tu tak pergi kerja ke?"

"Aku dah cakap dengan bos, aku masuk sebelum lunch hour. Rasa tak sihat la. Sakit kepala." Berkerut kerut dahinya memberitahu.

"Kau ni...kalau rasa tak sihat kenapa nak pergi kerja juga. Ambil saja la cuti sehari."

"Tak boleh. Rugi..." Maya tersengih apabila Intan menjulingkan mata.

"Aku pergi kejap je. Balik nanti nak sambung tidur." Maya bangun. "Aku pergi dulu."

Maya melangkah ke pintu namun dia kembali menoleh pada Intan. "Intan, nak pinjam duit boleh? Nak buat tambang teksi. Dompet aku kat sana..." Tersengih sengih dia meminta.

"Eh, semalam boleh pulak balik berjalan." Intan memerli.

Maya muncung. "Ala kau ni..."

"Ya lah. Tunggu kejap." Sempat Intan mencubit perut Maya sebelum dia keluar dari situ.

👓👓👓

Maya teragak agak masuk ke perkarangan banglo Asyran. Pintu pagar rumah sudah terbuka luas kerana terdapat pekerja yang mengemaskan meja meja dan kerusi semasa majlis semalam.

Seorang lelaki separuh umur datang menegurnya. "Cik Maya?"

"Ya, saya. Em, saya nak jumpa Asyran. Dia ada kat rumah?"

"Mari ikut pak cik." Maya terus mengekori langkah lelaki itu.

"Tadi, Tuan Muda Raden ada tetamu tapi pak cik yakin dia gembira cik Maya datang."

I Choose You | ✔Where stories live. Discover now