👓👓👓
Agak lama Syifa berdiri di depan pintu bilik suaminya. Teragak agak untuk mengganggu lelaki itu. Jam sudah menjangkau ke angka 12 pagi.
Baru saja mahu mengetuk, pintu dibuka dari dalam. Syifa terpaku di situ.
Asyran berkerut kening. "Nak apa?"
"Abang...boleh bawa saya ke klinik?" Lambat lambat dia memberitahu.
Jantung Asyran bagai terhenti seketika. "Kenapa? Kau sakit?"
"Kaki saya...dari tadi berdenyut. Saya tak tahan. Sakit sangat."
Asyran menjatuhkan matanya ke kaki isterinya yang masih berbalut.
Kejadian beberapa hari yang lalu kembali bermain di fikirannya. Setelah dia turun ke dapur malam itu, baru dia perasan ada titisan darah di atas lantai yang membawanya ke dapur. Melopong dia apabila melihat tompokan darah di atas lantai. Satu serpihan kaca juga turut berada di lingkungan darah itu. Agak besar dan tajam.
Rasa bersalah menyerbu. Namun, kerana ego. Keadaan isterinya langsung tidak dijenguk.
Tambahan lagi, keesokan harinya, Syifa hanya beriak biasa. Seperti kejadian dia mengasari gadis itu tidak pernah terjadi. Bahkan, Syifa pula yang meminta maaf padanya kerana tidak menyiapkan makan malam.
"Kau bersiaplah."
Syifa mengangguk sebelum terus masuk ke biliknya. Asyran memerhati langkah gadis itu yang sedikit terhincut.
Dia turun mencapai kunci kereta. Agak lama dia menanti sebelum Syifa muncul di muka pintu.
"Kau okey ke tak ni?" Asyran memaut sedikit lengan isterinya, memapah masuk ke dalam kereta.
Syifa hanya mengangguk kecil. Wajahnya sedikit pucat. Sepanjang perjalanan, gadis itu hanya mendiamkan diri.
Sesekali Asyran menjeling pada Syifa. Isteri yang dinikahi sejak kira kira 4 bulan yang lalu.
Gadis yang begitu polos dan bertudung litup ini boleh tertangkap dengannya. Dia juga tak faham salah siapa. Yang pasti, dia yang masuk ke bilik ketika gadis itu berada di dalam bilik air.
Sampai di klinik, Syifa terus dirawat. Lukanya diperiksa dan dibalut semula.
"Luka tak dirawat dengan betul. Menyebabkan jangkitan kuman. Malah, luka juga agak dalam dan sudah bernanah. Saya akan refer isteri encik ke hospital untuk rawatan lanjut."
Asyran meraup wajahnya kasar setelah doktor berlalu. Syifa keluar dari bilik rawatan. Disorong dengan kerusi roda oleh seorang jururawat yang terus menghantar isterinya ke kereta.
"Kita ke hospital. Doktor cakap luka kau dah teruk." Asyran bersuara setelah mereka berada di dalam kereta.
"Saya...minta maaf."
Wajah takut takut Syifa dipandang sekilas. Benar, sejak mereka berkahwin, dia selalu berkasar dengan isterinya. Padanlah kalau Syifa takut sangat dengannya.
"Kenapa nak minta maaf pula?"
"Saya susahkan abang malam malam macam ni." Syifa menunduk bermain dengan jarinya.
YOU ARE READING
I Choose You | ✔
Romance~Cintaku lebih besar dari cintanya, mestinya kau sedar itu, bukan dia, tapi aku~ Tengku Rasydan / Maya Arisha ❄ Who are you? ❄ Her fright, her face, buat aku ingat Nia. Macam mana aku nak elak dari dia? Dia ingatkan aku pada Nia. ❄ Awak sedar tak ap...