Bab 53

14.6K 774 64
                                    

👓👓👓





Tg Rasydan tergesa gesa masuk ke dalam bangunan hospital. Maya di belakang laju mengejar langkah lelaki itu.

"Shah, macam mana Nia?" Tg Rasydan terus bertanya sebaik saja tiba di depan bilik pembedahan.

"Tak tahu lagi. Masih kat dalam." Mata Shahrul melirik ke arah Maya di belakang Tg Rasydan. "Maya?"

"Dia dengan aku tadi masa kau call." Tg Rasydan memberitahu sebelum duduk di sebelah Shahrul. Sempat dilirik pada Maya yang lambat lambat mendekati mereka.

Maya hanya memerhatikan Shahrul dan Tg Rasydan yang mula berbual mengenai Nia. Dia melabuhkan duduk berselang berapa kerusi dari Tg Rasydan.

"Mama dia macam mana?" Maya masih mendengar suara Tg Rasydan bertanya pada Shahrul.

"Ada. Tadi ke tandas. Entah lah, dari tadi menangis."

Maya menghela nafas perlahan. Mungkin dia tidak perlu berada di situ. Perlahan lahan dia bangun mendekati Tg Rasydan dan Shahrul.

"Awak..."

Tg Rasydan mengangkat muka memandang Maya.

"Saya...balik dulu."

Tg Rasydan mengerutkan kening. "Just stay. Kau nak balik dengan apa?"

"Saya boleh balik dengan teksi." Maya menanti balasan Tg Rasydan namun lelaki itu hanya memandangnya tanpa kata.

"Okey. Saya pergi dulu." Senyuman tipis diberikan pada Tg Rasydan sebelum berpaling.

"Maya."

Maya tersenyum. Tg Rasydan akan menghalang dia daripada pergi kan?

Maya terus menoleh. "Ya."

Tg Rasydan menghulurkan kunci kereta. "Balik dengan kereta aku. Nanti aku balik dengan Shah."

Maya terdiam seketika. Kunci yang dihulurkan langsung tidak diambil. "Awak...nak biar saya balik?"

Makin berkerut wajah Tg Rasydan. "Apa masalah kau ni?"

Maya menelan liur. Okey, dia salah. Dalam keadaan begini, masih mahu nak cemburu tak tentu pasal pada Nia. "Sorry..." Dia terus menunduk.

Tg Rasydan merengus. "Kalau kau nak balik sangat, please...just leave." Kunci kereta dicampak ke kerusi di sebelahnya.

Maya terkedu. Wajah berang Tg Rasydan dipandang gusar. Lelaki ini benar benar marah.

"Tengku..." Shahrul menegur.

Maya mengetap bibir sebelum berpaling dari situ.

"Take the key, Maya." Keras suara Tg Rasydan di belakangnya.

Namun, Maya buat tak peduli. Terus saja melangkah.

"Dia ni memang cari pasal la." Tg Rasydan membentak perlahan sebelum bangun. Kunci kereta dicapai dan dia terus mengejar langkah Maya.

I Choose You | ✔Where stories live. Discover now