Bab 15

13.3K 680 27
                                    

Bukan untuk yang pertama
Ku rasakan cinta yang berbunga
Bukan untuk yang pertama
Ku rasakan rindu yang menggebu








👓👓👓






Maya termenung jauh di kaunter dalam kedai makan tempat dia bekerja. Kedai sudah hampir ditutup. Jadi, sudah tidak ada pelanggan yang masuk. Hanya menunggu pelanggan yang ada meninggalkan kedai. Boleh la Maya duduk sekejap sebelum waktu kerjanya berakhir.

Pagi tadi di kampus, langkahnya dihalang oleh tiga orang gadis. Salah seorang daripada mereka, gadis berambut perang menegurnya. Gadis itu memperkenalkan dirinya sebagai Raja Syafinaz, kekasih Tg Rasydan. Kelihatan sangat bergaya. Tutur katanya agak sopan. Namun, terselit kata kata amaran dalam nada suaranya yang lembut.

Daripada kata katanya, Maya mengetahui bahawa Raja Syafinaz tidak menyukai keakrabannya dengan Tg Rasydan. Dia meminta agar Maya tidak keluar bersama dengan Tg Rasydan lagi. Malah, terselit juga ugutan dalam permintaannya itu.

Maya tidak banyak membalas kata kata gadis itu. Lagipun, dia yakin Tg Rasydan tidak mahu berjumpa dengannya lagi.

Fikirannya mula teringat akan lelaki itu. Maya melepaskan keluhan. Ketika Tg Rasydan datang ke tempat kerjanya tempoh hari, menemankannya sehingga syif kerjanya tamat, menghantarnya pulang, semuanya berlalu dengan sempurna. Malah, hatinya terusik apabila Tg Rasydan katakan mahu dia sentiasa ada di depan mata lelaki itu.

Namun semuanya berantakan setelah kata katanya di perpustakaan tempoh hari . Apatah lagi, dengan kehadiran Raja Syafinaz yang datang memberi amaran kepadanya untuk menjauhi Tg Rasydan.

Sekurang kurangnya Maya tahu kedudukannya pada Tg Rasydan. Dia pun tidak pernah mengharapkan apa apa dari lelaki itu. Tg Rasydan yang beria ia membantunya. Dia sepatutnya bersedia dengan situasi ini, situasi di mana Tg Rasydan hanya akan mempermainkannya.

"Hello cik. Saya nak bayar ni." Maya tersentak apabila seorang pelanggan lelaki menegurnya.

Terus tangannya mengambil resit dan wang yang dihulurkan. "Maaf, ya." Baki dikembalikan. Ketika itu barulah Maya mengangkat muka memandang lelaki di hadapannya.

Otaknya mula berfikir di mana dia pernah berjumpa dengan wajah yang agak familiar ini.

"Ingat saya?" Lelaki itu bertanya apabila melihat wajah berkerut Maya.

"Maaf, siapa ya? Saya tak ingat."

"Kawan saya pernah usik awak kat kedai ni dulu. Ingat tak, awak tolak dia jatuh kerusi. Lepas waktu bekerja awak habis, kami ada tegur awak. Tapi awak kenakan balik kawan saya tu." Satu persatu lelaki itu menerangkan agar Maya mengingatinya.

Wajah Maya berubah. Dia meneliti wajah lelaki di depannya ini. Dia ingat lelaki ini. Namanya...wajah Maya berkerut. Dia sudah lupa dengan nama lelaki ini.

"Saya minta maaf bagi pihak kawan kawan saya dan saya sendiri."

Maya hanya mendiamkan diri.

"Awak maafkan kami ke tak?" Lelaki itu menagih kemaafan darinya.

Maya mengangguk dengan senyuman nipis pada wajahnya.

"By the way, saya Asyran."

"Asyran? Seingat saya...kawan kawan awak panggil awak..."

"Raden?"

Maya mendiamkan diri apabila lelaki itu memotong kata katanya.

Asyran tersenyum. "Nama saya, Raden Asyran. Awak?"

I Choose You | ✔Where stories live. Discover now