Bab 42

15.4K 695 19
                                    

Genggamlah cinta yang ku berikan
Simpanlah selalu dalam hati
Ku akan selalu dalam mimpimu
Menemani tidurmu









👓👓👓



Asyran duduk di meja makan, memerhatikan gadis yang berdiri di sisinya. Tangan gadis itu lincah menyenduk nasi goreng ke dalam pinggannya.

"Dah."

Gadis itu berhenti menyenduk. Teko pula dicapai sebelum menuang teh ke dalam cawannya.

Asyran mencapai sudu lalu mula menyuap nasi goreng ke mulutnya.

"Abang nak balik makan tengah hari kat rumah ke hari ni?" Lembut suara itu menyapa gegendang telinganya.

Namun, Asyran hanya berdiam diri, menayang wajah beku.

"Abang..." Gadis itu bersuara lagi, takut takut.

Asyran menghentikan suapan. Sudu diletakkan sebelum dia mencapai cawan. Minumannya diteguk laju.

"Tsk!" Asyran mengerang. Lidahnya terasa melecur bahana teh panas itu.

Cawan dicampak ke atas meja. Berdentum bunyinya. Mujur saja tidak pecah.

"Kau sengaja nak bakar lidah aku ke apa ni!" Keras dia menengking membuatkan gadis itu terhinjut terkejut.

"S...saya minta maaf." Bergetar suara gadis itu sebelum dia cepat cepat menuang segelas air kosong.

Gelas dihulurkan pada Asyran. Wajahnya menunduk. Tidak mahu membalas pandangan lelaki itu.

Asyran bangun dari kerusi. Seleranya menghilang.

"Abang...minum dulu. Bagi lega sikit." Gadis itu angkat muka. Tangannya menggigil menyuakan gelas itu.

"Aku takkan lega selagi kau jadi isteri aku. Hati aku ni sakit!" Tangannya menepis kasar gelas di tangan gadis itu. Isteri yang dinikahi kerana arahan daripada Tg Husna.

Syifa.

Berkecai gelas kaca itu sebaik saja terpelanting ke dinding. Lantai sudah dibasahi air. Syifa bungkam. Dia terus kaku di situ.

Beg bimbit dan kot dicapai kasar sebelum Asyran berlalu ke pintu rumah.

Baru saja pintu kereta dibuka, wajah isterinya terpacul di muka pintu.

"Abang..."

Asyran menoleh. Merah wajah isterinya. Mungkin marah atau terlalu takut untuk menegurnya.

Asyran merengus. Dia terus masuk ke dalam kereta.

"Abang, tunggu." Syifa melangkah laju ke arah kereta. Pintu kereta sempat dipaut sebelum Asyran menutupnya.

"Telefon abang tertinggal." Dia menghulur.

Asyran merampas kasar sebelum dicampak ke tempat duduk di sebelahnya. Dia menoleh untuk menutup pintu kereta namun Syifa masih tercegat di situ.

I Choose You | ✔Where stories live. Discover now