Bab 21

13.8K 664 24
                                    

Rasa Cintaku rasa rindumu
Bukan Untuk diriku
Sebaliknya Cinta itu untuknya
Bukannya Milikku







👓👓👓






Maya bergegas keluar dari rumahnya menuju ke stesen bas. Dia sudah terlewat untuk ke tempat kerja. Balik saja dari rumah Asyran tadi, dia terus terlena.

Jam di tangan dipandang. Bas masih belum tiba. Dia sudah terlewat 2 jam. Maya memejamkan mata. Matanya terasa pedih, kepalanya sakit mencucuk. Akhirnya dia duduk di bangku di hentian bas tersebut.

Sebuah bas menghampiri namun Maya masih tidak berganjak dari tempatnya. Setelah menurunkan penumpang, bas itu terus bergerak dari situ. Maya hanya memerhatikan bas yang kian menjauh itu. Nafas dilepaskan perlahan.

Dia bangun perlahan lahan sebelum berjalan ke arah sebuah kedai runcit berdekatan. Kepalanya terasa berat. Dia mahu membeli panadol dan air minuman.

Namun hanya beberapa langkah, pandangannya gelap. Dia jatuh tersungkur, tidak sedarkan diri.




•••




Maya membuka matanya yang terasa perit perlahan. Dia melihat sekeliling bilik. Dahinya berkerut. Cepat cepat dia bangun dari pembaringan namun Maya menunduk seketika. Sakit kepalanya masih terasa.

Setelah berasa sedikit lega, dia kembali membuka mata dan meneliti keseluruhan bilik yang agak besar itu. Dia sedang duduk di atas katil bersaiz queen yang sangat empuk.

Tiba tiba pintu bilik dibuka dari luar. Maya terus menoleh. Seorang wanita masuk dengan membawa dulang.

"Dah sedar?" Wanita itu menegur namun Maya hanya mendiamkan diri.

Wanita itu meletakkan dulang yang dibawa di atas meja kecil di sisi katil.

"Macam mana? Dah rasa lega sikit?" Wanita itu bertanya.

Maya hanya mengangguk sedikit sebelum bertanya. "Saya kat mana ni?"

"Jangan risau. Cik selamat kat sini. Saya Mak Ina. Mak Ina akan jaga cik. Cik nak bersihkan diri dulu sebelum makan? Nanti boleh makan ubat."

Maya mendiamkan diri apabila Mak Ina tidak menjawab pertanyaannya.

"Em, saya nak guna bilik air."

Mak Ina tersenyum. "Kejap, Mak Ina ambilkan tuala." Mak Ina membuka almari sebelum mencapai sehelai tuala.

Tuala dihulurkan pada Maya yang sudah turun dari katil. "Nanti lepas mandi, cik boleh pakai pakaian dalam almari tu. Ada baju baru. Cik pakai ya. Lepas tu, makan bubur dan ubat yang Mak Ina bawa. Ya?"

Maya menganggukkan kepala. "Terima kasih." Mak Ina terus keluar dari bilik selepas Maya masuk ke dalam bilik air.

Selesai membersihkan diri, Maya keluar dari bilik air. Terjenguk jenguk dia ke dalam bilik sebelum keluar. Dia hanya berkembam dengan tuala separas lutut sahaja. Tadi dia mahu memakai pakaiannya semula tapi terjatuh pula ke atas lantai yang dibasahi air. Terpaksalah dia meminjam pakaian yang diberitahu Mak Ina tadi.

Setelah dipastikan tiada orang di dalam bilik, Maya keluar dari bilik air. Terjengket jengket kakinya berjalan menuju ke arah almari.

I Choose You | ✔Where stories live. Discover now