Berulang kali kau menyakiti
Berulang kali kau khianati
Hatiku bukan untuk disakiti
👓👓👓
Maya melangkah masuk ke dewan pameran dengan segenggam pamphlet di tangan. Dia dan 2 rakan yang lain terlibat dengan pertandingan inovasi yang dianjurkan oleh pihak universiti.
"Maya, pergi kaunter pendaftaran sekarang. Mereka panggil ketua kumpulan tadi." Intan, kawan baiknya segera bersuara apabila Maya menghampiri booth mereka.
Pamphlet dihulurkan kepada Intan sebelum dia bergegas ke kaunter pendaftaran. Ramai pelajar yang sedang mengelilingi meja itu.
Sedang asyik bersesak dengan pelajar yang lain, tubuhnya dirempuh dari sisi. Paling teruk lagi, kakinya tersadung antara satu sama lain. Tak sempat berpaut, Maya jatuh tersungkur di situ. Cermin matanya tercabut dari wajah. Suasana hingar bingar di sekelilingnya tadi kian menghilang.
Maya mengetap bibir. Tak sanggup nak angkat muka. Malu! Tangan teraba raba mencari cermin matanya.
"Hey, I'm sorry. You okey ke tak ni?" Satu suara menyapa telinganya. Sah lah orang yang melanggarnya tadi.
Maya mengangkat muka memandang lelaki yang sudah duduk melutut di depannya.
"Em, okey." Dan lelaki itu senyap tak menjawab.
Maya kembali tercari cari cermin matanya. Sakit pula hatinya. Dah lah pandangannya kabur. Lelaki di depannya itu boleh buat tak tahu pula.
"Excuse me, nampak cermin mata saya tak? Saya tak nampak apa apa!" Maya sedikit membentak.
Lelaki itu tersentak. Dia memandang sekeliling sebelum seorang pelajar yang berdiri berdekatan menghulurkan padanya.
Tanpa berkata apa apa, dia mencapai tangan Maya sebelum meletakkan cermin mata itu di tapak tangan Maya.
Maya segera menyangkut ke telinganya. Fuh, dapat balik mataya. Maya memandang lelaki di depannya yang hanya mendiamkan.
Maya berdehem kecil sebelum segera bangun. Lelaki itu turut bangun. Namun, matanya masih melekat di wajah Maya.
"Em, sorry." Lelaki itu mengucapkan lagi.
"It's okey." Dia berpaling. Segera melarikan diri ke meja pendaftaran. Malunya sebab jatuh tadi masih belum hilang. Rata rata pelajar sedang memandang dan berbisik sesama sendiri.
Lelaki itu hanya memandang Maya tak lepas. Ada sesuatu yang membuatkannya tertarik dengan gadis itu.
"Who are you, girl." Dia menggumam perlahan. Gadis bercermin mata itu ditunggu di satu sudut.
Sebaik saja kelibat Maya kelihatan, segera dia menyekat laluan gadis itu.
Maya berkerut kening. "Kenapa ni?" Sedikit kasar pertanyaannya.
"Siapa nama kau?" Lelaki itu menyilangkan tangan ke dada.
"Kenapa nak tahu?"
"Cakap je la. Susah sangat ke soalan aku?"
Maya merengus sebelum melangkah dari situ. Lelaki itu tidak membiarkan. Lengan Maya dicapai kasar.
"You're not going anywhere before you answer me." Matanya merenung tajam mata garang Maya.
YOU ARE READING
I Choose You | ✔
Romance~Cintaku lebih besar dari cintanya, mestinya kau sedar itu, bukan dia, tapi aku~ Tengku Rasydan / Maya Arisha ❄ Who are you? ❄ Her fright, her face, buat aku ingat Nia. Macam mana aku nak elak dari dia? Dia ingatkan aku pada Nia. ❄ Awak sedar tak ap...