Bab 34

12.7K 688 58
                                    

Apa yang ku genggam
Tak mudah untuk aku lepaskan







👓👓👓






Maya berdiri di depan pintu bilik Tg Rasydan yang sedikit renggang itu. Tg Rasydan dan Shahrul berada di dalam bilik itu. Begnya juga berada di dalam. Kerana itu dia masih berdiri di luar bilik itu walaupun Shahrul sudah menyuruhnya pulang sebentar tadi.

Bagaimana dia mahu pulang kalau begnya berada di dalam. Banglo Tg Rasydan agak jauh dari rumahnya. Mana nak dapat duit buat tambang teksi.

Dengan debaran di dada, pintu bilik ditolak sedikit. Baru sahaja mahu mengetuk, suara Shahrul mematikan pergerakannya.

"Maya pernah tanya aku, apa tujuan tengku berkawan dengan dia. Sebab wajah dia seiras Nia ke?"

"Apa kau jawab?" Suara tegang Tg Rasydan menambah debarannya. Menggigil tangannya mengingatkan perlakuan lelaki itu padanya tadi.

"Mestilah tak. Aku cakap tengku ikhlas berkawan dengan dia."

Tg Rasydan melepaskan keluhan berat. "Kau tahu tu bukan perkara yang sebenar kan?" Dia duduk di birai katil berhadapan dengan tempat Shahrul duduk.

"Tengku!"

Tg Rasydan memandang Shahrul. "Mula mula aku jumpa dia, of course aku tertarik dengan dia sebab wajah dia seiras Nia. Aku berkawan dengan dia sebab dia seiras Nia, Shah. Kau ingat aku akan rapat dengan dia kalau dia tak ada kaitan dengan Nia."

"Tengku tak boleh buat Maya macam ni."

"Hati dan perasaan aku tak boleh dipaksa. Aku cintakan Nia."

Shahrul tergelak tidak percaya. Tergeleng kepalanya.

Maya berpaut pada gerbang pintu mendengar kata kata Tg Rasydan. Hatinya terluka lagi.

"Habis tu tengku layan dia baik, tengku ucap kata kata manis pada Maya, semua tu bohong?" Shahrul sudah kedengaran marah.

"Aku hanya cintakan Nia, Shah. Apa yang aku buat pada Maya hanya kerana aku rindukan Nia."

"Tengku tak patut buat Maya macam ni." Sesal kedengaran suara Shahrul.

"Aku pasti dia tak mengharapkan apa apa dari aku. Apa yang aku buat ni bersebab. Hanya kerana Nia. Pada aku Maya hanya bayang bayang Nia. Sampai bila bila pun aku akan tunggu Nia dan sebelum Nia kembali pada aku, aku harap Maya akan berada di sisi aku. Aku masih perlukan Maya sementara Nia tak ada. Tapi aku tak pasti, kalau dia akan masih tunggu setelah apa yang aku buat pada dia tadi."

"Apa yang tengku buat?"

Tg Rasydan mendiamkan diri.

"Tengku...!?" Shahrul mendesak.

"Sudahlah Shah. Kau cari Maya. Aku pasti kalau aku bagi dia duit, dia akan tunggu."

Maya menolak pintu bilik. Kasar. Tubuhnya menggeletar mendengar pengakuan Tg Rasydan. Sekarang, semuanya jelas. Tiada apa lagi yang memerlukannya untuk berada di situ.

Tg Rasydan dan Shahrul menoleh serentak, menyedari kehadirannya di situ. Wajah Tg Rasydan benar benar terkejut melihat dia masih di situ.

"Maya..." Tg Rasydan menegur.

Maya masuk. Seolah olah tiada apa apa yang berlaku, begnya dicapai dan dia terus melangkah ke pintu.

"Maya..." Tg Rasydan memanggil lagi. Dia sudah bangun dari duduk, melangkah ke arah gadis itu.

Maya menghentikan langkah sebelum berpaling ke belakang. "Tolong hentikan semua ni."

Tg Rasydan menelan liur.

I Choose You | ✔Where stories live. Discover now