Bab 45

15.9K 791 32
                                    

👓👓👓


Tg Rasydan merenung Maya di hujung meja. Satu pun penerangan dari pengurus besar syarikat mereka tidak masuk ke dalam kepalanya.

"Jadi tengku, macam mana dengan cadangan yang diusulkan tadi?"

Tg Rasydan tersentak apabila Maya memandangnya. Apabila dia mengangkat wajah, semua mata sudah tertumpu padanya.

Dalam hati sudah memaki diri sendiri. Sejak bila dia mula hilang fokus begini. Dia berdehem kecil. "Ya?"

"Saya tanya, macam mana dengan cadangan yang diusulkan tadi? Boleh diluluskan ke?" En Fazlee mengulang.

Tg Rasydan menjatuhkan mata pada kertas di tangan. Kosong! Satu benda pun dia tak faham.

"I kena pertimbangan balik semua tu. Tolong hantar draf ke meja setiausaha I. Perjumpaan bersurai di sini." Tg Rasydan mengambil jalan mudah.

Dia mengemas fail di depannya sebelum terus keluar. Izreen terkocoh kocoh mengikut langkah Tg Rasydan.

Semua ahli mesyuarat berpandangan antara satu sama lain. Biasanya, perkara ringkas seperti ini, Tg Rasydan tidak akan mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan.

"Reen, cadangan apa yang En Fazlee cakap tadi?"

Izreen membulatkan mata. "Tengku tak dengar ke?"

Tg Rasydan menoleh. "Kalau I dengar, I takkan tanya you, Cik Izreen." Suaranya ditekan.

"Em, tahun ni mereka nak buat annual dinner kat dewan syarikat je. Sekaligus nak perkenalkan department baru syarikat kita."

"Hmm, good idea. Suruh En Fazlee hantar surat untuk I luluskan. Nanti senaraikan nama nama syarikat usaha sama kita dan hantar invitation letter untuk mereka join majlis tu. Kita kena promote that department supaya mereka tahu kelebihan syarikat kita."

"Hmm..." Izreen mengangguk penuh makna.

"Why?"

"Cepat pula tengku buat keputusan. Tadi kenapa ya terkial kial."

"You perli I?"

"Em, sikit je." Izreen tersengih.

Tg Rasydan merengus. "Buat kerja tu." Mana boleh nak marah setiausahanya ini. Sejak lebih 2 tahun, dia sudah selesa bekerja dengan Izreen. Walaupun masih muda, gadis itu cekap melakukan tugas.

"Tengku..." Panggilan Izreen mematikan langkahnya.

"Ya?"

"Kalau tengku nak pujuk cik Maya, saya boleh bagi tips."

"Siapa cakap I nak pujuk dia?"

Izreen menjuih. Macam lah dia tak perasan renungan Tg Rasydan pada Maya tadi. "Tak apa lah kalau tak nak."

Tg Rasydan menelan liur. "Sudah kan kerja you. Lepas tu masuk bilik I."

Izreen tersengih. Nak tapi malu! Ego! Izreen mengutuk, menghantar langkah Tg Rasydan masuk ke biliknya.




I Choose You | ✔Where stories live. Discover now