Bab 14

13.3K 693 38
                                    

Aku tak mampu
Menuruti kamu
Menjadi yang kau mahu
Sungguh ku tak bisa
Aku bukan dia











👓👓👓







Tg Rasydan mendekati Maya setelah beberapa ketika dia memerhatikan gadis berkaca mata itu teragak agak untuk memasuki perpustakaan.

"Kau buat apa lagi kat sini." Dia menyilangkan tangan ke dada, berdiri di sisi Maya, turut menghadapkan tubuh ke pintu perpustakaan.

"Nak masuk lah." Maya menjeling sekilas.

"Kau cakap hari tu malu nak jumpa dengan kakak garang tu lagi."

"Nak buat macam mana, terpaksa lah. Kalau tak macam mana saya nak study?" Wajah ditundukkan.

"Aku bagi kemudahan, kau tolak. Lepas tu nak menyusahkan diri sendiri." Tg Rasydan menyelar.

Maya merengus. Kakinya terus melangkah ke dalam perpustakaan. Namun, hanya seketika apabila Tg Rasydan mengheretnya kembali keluar dari situ.

Dia membawa Maya masuk ke dalam kereta dan menyuruh Shahrul membawa mereka ke satu tempat.

"Kenapa datang sini?" Berkerut wajah Maya ketika berdiri di hadapan sebuah bangunan. Tertera perkataan TG.R di depan bangunan itu. Maya pernah datang ke sini berjumpa dengan Tg Rasydan setelah dipaksa oleh Shahrul dulu.

"Kau cakap nak study kan? Jom lah." Mencapai begnya, Tg Rasydan terus berjalan masuk ke dalam bangunan itu.

Maya masih membatu di sisi kereta ketika Shahrul menegurnya. "Awak nak saya dukung awak lagi ke masuk kat dalam?" Nada mengusik, Shahrul mengingatkan kembali ketika dia dipaksa masuk oleh lelaki itu.

"Ei, tak nak!" Cepat cepat Maya mengikut langkah Tg Rasydan. Shahrul tergelak sebelum turut masuk ke dalam bangunan itu.

"Tempat apa ni? Kenapa nak datang study kat sini?" Maya bertanya ketika mereka berada di dalam lif.

"Bangunan ni kepunyaan keluarga Tg Rasydan. Kat sini ada banyak kemudahan. Gym, studio, bilik muzik, kolam renang, banyak lagi lah. Kalau awak nak karaoke pun ada." Shahrul menerangkan.

Maya mencebik dengan kata kata terakhir Shahrul. Dia menjeling Tg Rasydan di sebelahnya yang leka dengan telefon bimbit. Poyo je! Sempat Maya mengutuk di dalam hati.

Sebaik lif terbuka, Tg Rasydan terlebih dahulu keluar sebelum berpesan pada Shahrul.

"Shah, bawa Maya ke library. Aku nak jumpa Wafiq kejap."

"Dia ada kat sini ke?"

"Ya, nanti aku datang." Tanpa menanti jawapan Shahrul, Tg Rasydan terus berlalu dari situ. Sedikit pun dia tidak memandang Maya.

Maya perasan, jika Shahrul ada bersama mereka, Tg Rasydan tidak banyak bercakap dengannya.

Pintu lif kembali ditutup sebelum berhenti di tingkat seterusnya. Maya mengikut langkah Shahrul keluar dari lif.

"Tempat ni terbuka untuk public ke?" Maya tiba tiba bertanya. Tak pasal pasal dia dihalau nanti jika Shahrul meninggalkannya.

"Ya tapi nak masuk kena sewa la. Tapi awak, tetamu VIP. Tak perlu bayar." Shahrul tersengih sebelum menolak sebuah pintu.

Maya melangkah masuk ke dalam perpustakaan itu. Kakinya terus kaku di pintu masuk. Bulat matanya memandang di keseluruhan perpustakaan itu.

Agak besar, kemas dan dipenuhi dengan rak rak buku. Di sesetengah tempat, terdapat meja diskusi dan meja yang menghadap tingkap besar. Maya teruja. Kakinya terus melangkah ke meja yang berhadapan dengan tingkap besar itu.

I Choose You | ✔Where stories live. Discover now