Percaya di hati telah menghilang
Kerana sering kali didusta
Mengapa diriku kau persia
Saat mahu percayakan cinta
👓👓👓
Kereta dihentikan di tepi padang, betul betul berhadapan dengan sawah padi yang menghijau terbentang.
Matanya dililaukan ke seluruh kawasan padang yang penuh dengan kanak kanak yang sedang bermain bola.
"Kali ni saja Tg Rasydan. Kali ni saja aku tolong." Kedengaran suara Shahrul mengumam di sebelahnya.
"Ya, Shah. Dari kita bertolak semalam lagi, kau dah ingatkan. Aku tahu. Aku dengar. And I'm not going to break my promise." Dia menjawab. Mata masih melilau mencari wajah seseorang.
Shahrul hanya melepaskan keluhan kecil. Tg Rasydan, merayu padanya agar mencari Maya. Buat kali terakhir. Ya, disebabkan janji lelaki itu 'buat kali terakhir', Maya dijejaki.
"There she is." Kata kata Tg Rasydan membuatkan Shahrul menoleh ke arah pandangan lelaki itu.
Maya.
Gadis itu, sedang tersenyum. Tidak! Sedang bergelak ketawa bersama Intan dan beberapa orang kanak kanak yang bermain bersama mereka.
"She's so beautiful with that smile." Shahrul berkata perlahan namun sudah cukup menghadirkan senyuman di wajah Tg Rasydan. "But you ruined it. That smile..."
Senyuman di wajah Tg Rasydan menghilang. Tangannya menggenggam penumbuk. "Yes. I do. Senyuman dia akan hilang bila nampak aku kan?"
Tg Rasydan menoleh pada Shahrul.
"Aku rasa macam tu lah." Ejek Shahrul.
Tg Rasydan menghela nafas perlahan. Pintu kereta dibuka.
👓👓👓
"Kak Maya, jom la...!" Seorang kanak kanak kembali memanggil sebaik saja dia melabuhkan duduk pada bangku di hujung padang.
"Tak nak lah. Penat! Kejap lagi. Nanti kak Maya datang." Maya turut melaung.
"Okey!" Serentak itu dia terus berlari mengejar bola.
Maya tergelak kecil. Tuala kecil dilapkan ke wajah yang dibasahi peluh. Penat! Sudah lama tubuhnya tidak bersukan.
"You know how to laugh."
Maya menoleh ke belakang dan senyumannya mati.
"Tg Rasydan." Maya menyebut nama itu. Sinis. Untuk seketika, mereka hanya berpandangan.
Maya akhirnya melarikan pandangan. "Buat apa datang sini?" Tegang.
Tidak berkata apa apa, lelaki itu mengambil tempat di sisinya dan Maya terus bangun, menjauhkan diri.
"Aku tahu kau marah..."
Maya menoleh tanpa Tg Rasydan sempat menghabiskan kata kata. "It's not about marah or other reasons. It's you, Tg Rasydan. Everything about you, I hate it so much. Saya benci. Pergi! Saya tak nak tengok muka awak." Tegang suara Maya.
YOU ARE READING
I Choose You | ✔
Romance~Cintaku lebih besar dari cintanya, mestinya kau sedar itu, bukan dia, tapi aku~ Tengku Rasydan / Maya Arisha ❄ Who are you? ❄ Her fright, her face, buat aku ingat Nia. Macam mana aku nak elak dari dia? Dia ingatkan aku pada Nia. ❄ Awak sedar tak ap...