Bab 63

14.5K 710 60
                                    

👓👓👓




Seluruh tubuh Maya menggigil. Menggeletar hebat. Tangannya digenggam sesama sendiri. Wajahnya pucat dan dibasahi air mata. Pakaiannya dipenuhi dengan kesan darah. Darah Tg Rasydan.

"Adan..." Dia memanggil sebak. Bilik pembedahan di depannya dipandang tak lepas.

Mata dipejamkan rapat. Ini semua salahnya. Jika dia tidak berkeras tadi, mereka tidak akan keluar dari kereta itu. Tg Rasydan tidak akan dilanggar begini.

"Adan..." Dia memanggil lagi. Tak dapat diungkapkan betapa risaunya dia pada lelaki itu.

"Maya...!"

Maya menoleh dan tangisannya pecah lagi. "Kakak..."

Tubuhnya dipeluk dan dia terus menangis teresak esak di pelukan Nia.

"Adan... Adan kat dalam. Semua ni salah Maya." Dia mengadu sebak.

"Dah, dah. Shh..." Nia hilang punca untuk memujuk. Hatinya juga dirundum pilu.

Matanya berpandangan dengan Shahrul yang terus tersenyum nipis padanya. Seolah olah mahu menenangkannya juga.

Tak lama selepas itu, keluarga yang lain tiba. Menanti bersama Maya di situ. Agak lama, barulah seorang doktor keluar dari bilik itu.

Mereka segera mendekati. Nia memapah tubuh Maya yang sudah longlai.

"Doktor, macam mana anak saya?" Suara Tg Rafaat kedengaran.

"Pesakit alami pendarahan teruk di bahagian kepala. Tapi syukur dia sudah lepasi tahap kritikal. Kaki kirinya patah dan terdapat luka luka ringan yang lain di tubuhnya."

"Jadi, dia tak apa apa kan?" Pertanyaan Asyran membuatkan doktor itu terdiam seketika.

"Pesakit koma. Saya risau jika dia tak sedar dalam masa yang singkat, kemungkinan untuk dia sedar semula adalah rendah."

Maya tercengang. Yang lain sudah menundukkan wajah.

"Dan jika dia sedar, memori dia mungkin terganggu."

Maya memejamkan mata. "Adan..." Sejurus itu pandangannya kelam dan dia sudah tidak sedarkan diri.








👓👓👓









"Can I hug you, Maya?"

"She's mine. My future wife."

"I'm not a stranger, Maya. Aku...lelaki kau.

"Aku cintakan kau, Maya Arisha."

"Will you marry me?"

"Aku tak pernah sayangkan sesiapa macam aku sayangkan kau."

"Adan tak tengok orang lain. Adan tengok Maya je."

"Behave Maya. I'm admiring you."

"You and everything about you really...made my heart flutter."

Come here...please.


"Adan!" Maya membuka mata. Tangannya mencengkam kemas pada selimut yang sedang membalut tubuhnya.

I Choose You | ✔Where stories live. Discover now