👓👓👓
Maya menghentikan kereta di depan pagar banglo mewah Tg Rafaat. Dadanya berdebar debar. Dia keluar dari kereta sebelum terus menghampiri pengawal yang seakan akan sedang menantinya di situ.
"Cik Maya kan?"
Maya mengangguk. Sejurus itu, pintu pagar automatik terbuka. "Sila masuk cik."
"Terima kasih." Langkah diatur perlahan ke pintu utama banglo itu.
Pintu rumah itu sudah terbuka bagai menanti kedatangannya. Baru saja dia nak membuka mulut memberi salam, Tg Rafaat muncul di situ. Terperanjat Maya. Mujur saja dia tak melatah.
"Ha, Maya. Dah sampai pun. Masuklah. Adan dah lama tunggu tu." Tg Rafaat berkata sebelum keluar menyarung kasut.
"Em, ya tengku." Maya menggelabah. Tidak tahu kata kata yang bagaimana harus diucap.
"Uncle nak keluar. Ada kerja sikit." Tg Rafaat memberitahu tanpa dipinta. Dia menghampiri Maya. "Kamu tolonglah temankan Adan tu."
"B...baik tengku." Maya hanya menunduk memandang kasut Tg Rafaat yang berkilat.
Dia hanya mengangkat muka apabila kaki itu melangkah menjauhinya. Nafas dihembus lega.
"Cik Maya."
Maya kembali menoleh ke muka pintu lalu tersenyum. "Mak Ina." Dia terus menyalami wanita itu.
"Lamanya Mak Ina tak tengok Maya."
"Ya. Mak Ina sihat?"
"Sihat. Jom, masuk. Tg Adan dah tunggu Maya."
Maya mengekori langah Mak Ina ke ruang makan. Maya menghela nafas perlahan. Rumah ini...banyak kenangannya.
"Tg Adan, ni Maya dah sampai."
Tg Rasydan menoleh sebelum senyuman tersungging di bibirnya. Kerusi di sebelahnya ditarik. "Come, seat here."
Maya terus mengambil tempat di sebelah Tg Rasydan sebaik saja Mak Ina meninggalkan mereka.
"Nampak macam tak demam pun." Maya menyelar.
"Aku demam la." Tangan Maya dicapai sebelum terus diletak di lehernya. Maya terenjat dengan tindakan lelaki itu.
Namun, jelas. Tubuh Tg Rasydan berbahang. "Dah makan ke?" Maya menjeling pinggan Tg Rasydan yang masih kosong. Tangan ditarik menjauh dari leher lelaki itu.
"Belum. Aku tunggu kau suapkan." Tangan Maya yang hampir terlerai dari genggamannya dikemaskan.
"Nak bersuap pula." Maya merungut, kembali menarik tangannya.
Kerusi ditolak lalu Maya bangun mencapai bekas nasi dan disenduk ke dalam pinggan Tg Rasydan.
"Nak lauk apa?"
"Apa apa saja." Ringkas jawapan Tg Rasydan. Matanya leka memerhatikan tingkah Maya. Senyuman nipis terukir di hujung bibirnya.
Maya meletakkan sup ayam ke dalam mangkuk kecil, sayur campur pula terus dimasukkan ke dalam pinggan Tg Rasydan.
"Nak daging tu..."
YOU ARE READING
I Choose You | ✔
Romansa~Cintaku lebih besar dari cintanya, mestinya kau sedar itu, bukan dia, tapi aku~ Tengku Rasydan / Maya Arisha ❄ Who are you? ❄ Her fright, her face, buat aku ingat Nia. Macam mana aku nak elak dari dia? Dia ingatkan aku pada Nia. ❄ Awak sedar tak ap...