Bab 8

15.4K 712 24
                                    

Ku sembunyi tiap satu perasaan
Tak berdaya menafikan
Wajah ini tawa ini senyum ini
sebagai topengku






👓👓👓







Shahrul menjeling beberapa kali pada Tg Rasydan yang kelihatan termenung jauh. Beberapa suapan, kemudian termenung. Sudah termenung, lelaki itu melepaskan keluhan sebelum kembali menyambung makan.

Shahrul meletakkan sudu dan garfunya. Minuman dicapai lalu disedut perlahan. Matanya masih melekat di wajah Tg Rasydan.

"Tengku kenapa ni? Kenapa tak berselera sangat ni?" Akhirnya, Shahrul menegur.

Tg Rasydan angkat muka. Keluhan dilepaskan lagi. "Maya."

Shahrul mengerutkan kening. "Kenapa dengan Maya?"

"Aku risau." Tg Rasydan turut meletakkan sudu dan garfunya.

"Risau kenapa?"

"Dia..." Tg Rasydan kelihatan teragak agak untuk memberitahu Shahrul. Tidak mahu Shahrul fikir dia terlalu prihatin pula pada Maya.

"Kenapa? Cakap la. Tengku tahu aku boleh simpan cerita kan?"

"Bukan pasal tu. Aku tak nak la kau fikir..." Tg Rasydan memandang Shahrul yang sudah mengecilkan mata memandangnya.

"Okay, fine." Tg Rasydan mengangkat tangannya. "Halnya macam ni. Semalam, aku pergi tempat kerja Maya."

"Tempat kerja dia yang mana satu?" Shahrul menyampuk.

"Kedai serbaneka tu."

"Okey... Tengku pergi pukul berapa?"

Lama Tg Rasydan jeda sebelum menjawab. "Around 4 am."

"Oh, okey. Wow! So, apa jadi?"

Tg Rasydan berdecit perlahan. Bibirnya diketap. "Aku...cuma risaukan dia. Semalam petir kuat. Aku tak boleh tidur. Aku ingat, dia takut sangat petir. Masa tu kan dia dah nak balik kerja, jadi aku terfikir dia balik dengan apa? Dengan siapa? And it's really bothering me."

"Jadi, tengku pergi sana? Maya cakap apa? Macam mana dia balik?" Shahrul semakin berminat untuk tahu.

"Kau fikir dia akan cakap apa? Of course dia tak suka aku datang. Aku offer nak hantar, dia tolak. Lepas tu sanggup jalan kaki dari kedai nak balik rumah. Sampailah sekali tu kilat kuat, barulah dia setuju naik dengan aku. Crazy! Kau tak rasa dia gila ke, Shah?" Tg Rasydan menggeleng. Gelas minuman dicapai lalu dimain mainkan penyedut minumannya.

Shah tersengih. "Dah tu, tak payah risau la. Nak risau apa lagi. Dia dah sampai rumah pun kan." Shahrul kembali mencapai sudu.

"Shah, aku risaula. Biasanya, dia balik masa macam tu. Sendiri, jalan kaki! Aku tak faham la perempuan tu. Dia tak takut ke? Ya lah. Waktu macam tu, entah ada orang jahat ke apa."

Suapan Shahrul kembali terhenti. "Tengku syok kat dia ke?"

Tg Rasydan menjegilkan mata. "It's not that, Shah. Her fright, her face, buat aku ingat Nia. Macam mana aku nak elak dari dia? Dia ingatkan aku pada Nia."

Shahrul diam seketika sebelum menjawab, "habis tu tengku nak buat apa?"

"Aku tak boleh nak fikir. Kau rasa apa? Belikan kereta untuk dia? Motor?"

I Choose You | ✔Where stories live. Discover now