👓👓👓
"Saya datang dengan Adan."
Asyran memakukan matanya pada wajah Maya sebelum mencari wajah Tg Rasydan. Keluhan dilepaskan.
"Awak dah jumpa isteri saya?" Matanya melirik pada Syifa yang hanya berdiam diri.
"Ya." Maya tersenyum. "Bertuah awak kahwin dengan Syifa. Cantik, sopan, lembut."
Asyran mengetap bibir. Tahu sangat maksud Maya memuji isterinya. Pasti mahu membuka matanya dengan kelebihan si isteri.
"Awak dengan Adan macam mana?"
"Okey, kami okey."
"Kami dah nak kahwin pun." Tg Rasydan tiba tiba muncul di situ dan terus meletakkan tangannya di bahu Maya yang masih duduk di kerusi.
Asyran terdiam seketika. "Baguslah." Dia menoleh pada Syifa. "Syifa, jom balik."
Tanpa menunggu lama, dia terus melangkah pergi dari situ. Tg Rasydan dan Maya berpandangan sesama sendiri.
Syifa terkocoh kocoh mengikut dari belakang. Laju langkah suaminya sehingga dia tak terkejar. Mengah nafasnya sebaik saja masuk ke dalam kereta.
"Lembab!" Asyran membentak sebelum memecut kereta laju meninggalkan perkarangan restoran itu.
Syifa mendiamkan diri, menahan debar di dada. Kereta dipandu suaminya laju membelah jalan raya.
Asyran tiba tiba menghentak stereng kereta. Dia merengus kasar.
"Abang...!" Syifa menegur. Wajah suaminya benar benar berserabut. Kereta pula semakin laju dipecut.
"Kau diam! Kalau bukan sebab kau, aku masih ada peluang nak dapatkan Maya!" Asyran bertempik.
Syifa tersentak. Sebak hatinya dengan kata kata Asyran. Sememangnya dia sudah mengetahui Asyran menyukai Maya. Namun, tidak pernah lagi suaminya mengaku secara berdepan begini.
Syifa memegang kejap tali pinggang keledar di tubuhnya. Dadanya berdebar sakan.
"Abang, perlahan sikit bang."
Asyran buat tak paduli. Puas hatinya mendengar suara ketakutan Syifa.
"Abang, perlahankan! Jangan buat macam ni." Bergetar suara Syifa. Dia benar benar ketakutan. Asyran memang sudah gila!
Asyran hanya menjeling sekilas pada Syifa. Bibirnya mengorak senyuman sinis.
"Abang! Abang nak bunuh saya ke!? Abang nak saya mati dengan cara macam ni ke!?" Akhirnya Syifa menjerit kuat. Matanya sudah terpejam.
Asyran tersentak. Sempat dia menoleh sekilas pada wajah merah padam isterinya sebelum memperlahankan kereta.
"Hey, jangan beria sangat boleh tak. Aku dah perlahankan kereta ni." Bahu Syifa disiku lembut.
Sekali lagi dia menoleh pada wajah pucat isterinya. Buka saja mata, berkaca mata itu memandangnya. "Hentikan kereta. Saya nak turun."
YOU ARE READING
I Choose You | ✔
Romansa~Cintaku lebih besar dari cintanya, mestinya kau sedar itu, bukan dia, tapi aku~ Tengku Rasydan / Maya Arisha ❄ Who are you? ❄ Her fright, her face, buat aku ingat Nia. Macam mana aku nak elak dari dia? Dia ingatkan aku pada Nia. ❄ Awak sedar tak ap...