Biar aku menjadi ingatan
Biar aku menjadi kenangan
Andainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu👓👓👓
"Kenapa...awak bawa saya ke sini?"
"Sebab aku tak nak ada orang ganggu kita." Dekat suara Tg Rasydan di telinganya.
Maya menelan liur. "Saya nak balik." Dia berpusing namun Tg Rasydan pantas menyekat.
"Aku janji, it's just some talk. Aku takkan rosakkan kepercayaan kau pada hari terakhir kita."
Maya terdiam. Hatinya disapa satu rasa aneh. Akhirnya dia menunduk sebelum Tg Rasydan menarik tangannya lembut, masuk ke dalam taman mini itu.
Cantik! Sangat cantik. Maya terpegun. Pokok pokok bunga mengelilingi taman kecil itu. Sebuah meja bulat dengan 3 bangku kecil di sekeliling melengkapkan taman itu. Sekeliling taman itu dilitupi dengan pagar penuh seperti kubah. Pada atas taman itu pula digantungkan dengan replika burung burung.
Seperti fairytale pun ada.
"Mana awak jumpa tempat ni?" Maya bertanya setelah Tg Rasydan menarik kerusi untuknya.
"Kau suka?"
"Answer me..." Maya merungut geram.
Lelaki itu tergelak. Terhibur dengan reaksi Maya. "Some old place. I asked them to renovate this...just for today. For you."
"Some sweet rubbish talk." Maya berkata perlahan namun Tg Rasydan masih dapat mendengarkan.
Tg Rasydan menghela nafas perlahan sebelum tersenyum. "Keadaan tak sama macam dulu dah. Kau...sangat terluka kan dengan perbuatan aku?"
Maya merenung mata Tg Rasydan yang menikam tepat ke anak matanya. "You know better, Tg Rasydan. Awak yang tarik saya, terjerat dalam perangkap kesunyian hidup awak. Awak...terlalu mengagungkan cinta awak pada Nia."
Tg Rasydan mengetap gigi. "Apa yang kau harapkan dari aku, Maya."
Maya diam seketika. Dia harapkan lelaki ini akan memilihnya berbanding Nia. Maya menghela nafas perlahan. Perkara itu tak mungkin berlaku.
"Kejujuran. Dari awal, bukan sekarang. Kalau dari awal lagi, awak beritahu saya pasal Nia. Niat awak hampiri saya. Mungkin...mungkin saya boleh terima. Tapi apa yang terbongkar kat rumah awak tempoh hari dan kelakuan awak...cium saya. Saya tak boleh terima."
"Aku minta maaf." Tg Rasydan melarikan pandangan. "Aku salah. Aku mengaku salah aku."
Maya merengus. "Maaf. Saya dah bosan dengan kata maaf awak."
Tg Rasydan mendiamkan diri seketika sebelum menarik tangan Maya. "Maya, now listen to me."
"Betul. Aku...buat semua tu pada kau sebab aku fikirkan Nia. Kadang kadang sebab rasa simpati."
Maya mengetap bibir. Tangan cuba ditarik namun Tg Rasydan menahan.
"Tapi..."
Maya kembali memandang wajah Tg Rasydan.
"Tapi, rasa tu berubah dari hari ke hari. Aku mula fikirkan kau. Aku mula bagi kau ruang untuk masuk dalam hidup aku. Aku siapkan 'ruang' tu...supaya kau selesa di situ."
YOU ARE READING
I Choose You | ✔
Romance~Cintaku lebih besar dari cintanya, mestinya kau sedar itu, bukan dia, tapi aku~ Tengku Rasydan / Maya Arisha ❄ Who are you? ❄ Her fright, her face, buat aku ingat Nia. Macam mana aku nak elak dari dia? Dia ingatkan aku pada Nia. ❄ Awak sedar tak ap...