Bab 62

15.8K 683 63
                                    

👓👓👓



"Maya dah siap, nak?" En Malik menjenguk di muka pintu bilik Maya. Maya hanya tersenyum mengangguk.

"Mereka dah sampai ke ayah?"

"Belum lagi. Tapi Adan dah tunggu mereka kat luar tu. Katanya dah nak sampai."

Maya mengangguk sebelum menarik En Malik duduk di birai katil.

"Ayah..."

"Kenapa ni?"

"Sebenarnya, hari tu...kat sana... Maya dah jumpa mama dengan kakak Maya."

En Malik membuntangkan mata. "Ma...ma?"

"Ya. Mama Asma."

"Maya, ayah minta maaf ayah tak cerita perkara sebenar pada Maya."

Maya menggeleng. "Jangan risau. Maya boleh terima. Lagipun, hari ni mereka datang. Mama dengan kakak."

Lama En Malik diam.

"Ayah marah Maya jemput mereka?"

"Tak ayah tak marah. Mereka keluarga Maya. Cuma ayah...tak tahu macam mana nak berdepan dengan mama Maya nanti. Mama tak bencikan ayah ke Maya?"

"Ayah dah berubah. Mama tahu. Tak ada sebab mama nak benci ayah."

En Malik hanya senyum mengangguk.

"Ayah...?" Suara Tg Rasydan kedengaran memanggilnya dari luar bilik Maya.

"Ya Adan. Ayah kat sini." En Malik bangun sebelum menyelak langsir bilik Maya.

"Ayah, keluarga Adan dah sampai."

"Maya duduk dalam bilik sampai ayah panggil." En Malik berkata sebelum keluar dari bilik.

Tak lama selepas itu, Nia dan Syifa masuk ke biliknya. Mereka berbual seketika sementara menanti perbincangan sesama keluarga di ruang tamu.

"Maya, jom nak." En Malik akhirnya menjenguk.

Maya menahan debaran. Baru tunang, dadanya dah berdebar sakan. Kalau nikah nanti tak tahulah. Nia dan Syifa mengiringi Maya keluar dari bilik sebelum duduk di kerusi panjang yang dah terhias cantik di ruang tamu.

Maya hanya menunduk. Tak mahu mencari mata Tg Rasydan yang pasti sedang memandangnya.

Tg Husna mendekati Maya sebelum menyarung sebentuk cincin di jarinya. Maya mencium tangan Tg Husna.

"Semoga hubungan Maya dengan Adan berjalan lancar sehingga majlis nikah."

"Terima kasih aunty." Tubuh itu dipeluk.

"Apa panggil aunty lagi. Mak Su Maya dah tu." Tg Rafaat menegur membuatkan yang lain tergelak kecil.

Maya tersenyum simpul. Malu! Matanya mencari susuk tubuh Tg Rasydan yang agak terkebelakang dari tetamu yang lain.

Sempat Tg Rasydan mengenyit mata padanya sebelum dia melarikan pandangan.

👓👓👓

I Choose You | ✔Where stories live. Discover now