Bab 56

15.5K 846 99
                                    

👓👓👓




Nia menelefon berkali kali namun Tg Rasydan hanya membiarkan. Telefonnya diletakkan dalam mod senyap. Selepas berkali kali nama Shahrul pula yang muncul di skrin.

Barulah Tg Rasydan menjawab panggilan itu.

"Tengku memang nak sakitkan hati Nia macam ni ke!?" Suara berang Shahrul membuatkan Tg Rasydan berkerut kening.

"Apa kau cakap ni?"

"Nia tu call berkali kali. Sampai menangis. Apa yang tengku buat ni?

Tg Rasydan mengeluh. "Nantilah."

"Dia berhak dapat penjelasan." Tegas. "Dia dah keluar dari hospital ni. Kalau tengku masih pedulikan Nia, datang jenguk dia. Beritahu dia perkara sebenar." Shahrul menyambung lagi.

"Dia okey kan?"

"Entah lah."

"Aku datang petang nanti. Dengan Maya. Kau beritahu dia, aku datang dengan Maya." Tg Rasydan membuat keputusan. Tiada apa yang nak didalihkan lagi.

"Hmm, okey." Talian ditamatkan.

Tg Rasydan bangun dari kerusi. Bilik Maya dituju. Pintu bilik terus dibuka tanpa mengetuk terlebih dahulu.

Maya mengangkat muka. "Eh eh dia ni. Main buka je. Terkejut tahu."

"Sayang." Pintu ditutup. Tg Rasydan mendekati Maya. Tangannya membangunkan Maya dari kerusi.

"Kenapa ni?"

"Temankan aku." Tubuh gadis itu dipeluk kemas.

Maya tercengang. "A...awak?"

"Aku rasa kita kena cepat cepat kahwin Maya. Aku dah tak sabar nak jadikan kau isteri aku." Tiba tiba Tg Rasydan berkata membuatkan Maya menolak tubuh lelaki itu menjauhinya.

"Gatal nya." Bahu Tg Rasydan dipukul pukul. Geram. Tak cukup dengan itu, dicubit pula perut lelaki itu berkali kali.

Tg Rasydan tergelak kecil. Tangannya menangkap tangan Maya. Kecil kecil pun boleh tahan sakit dikerjakannya.

"Okey, okey. Sorry."

"Hish, tak suka la. Ingat ada apa apa jadi. Saja, nak ambil kesempatan." Tangannya ditarik dari pegangan Tg Rasydan.

"Betul la, sayang. Aku nak kau teman aku."

"Teman apa?" Mata dijegil. Tangan sudah bercekak pinggang.

"Teman aku ke rumah Nia petang ni."

Maya terdiam.

"Aku nak explain semuanya pada dia. Pasal kita."

"Kalau Nia marah. Lepas tu dia serang saya."

Tg Rasydan tergelak. "Nia baru keluar hospital. Takkan lah dia nak serang kau. Lagipun aku kan ada. Aku takkan biarkan dia buat macam tu. Okey?"

Maya mengangguk kecil. "Mama dia pun ada kan?"

"Ada."

Maya diam lagi.

Tg Rasydan meraih tangan Maya ke dalam genggamannya. "Kau tak sedia nak jumpa aunty Asma?"

"Saya nak minta maaf pada dia. Saya tak patut kurang ajar dengan dia hari tu." Maya menunduk.

I Choose You | ✔Where stories live. Discover now