Bab 40

17.1K 769 40
                                    

👓👓👓






Maya melangkah ke arah meja Izreen dengan fail di tangan. "Izreen, tengku ada kat dalam?"

"Ada, cik Maya. Cik nak jumpa tengku?"

"Ya."

"Silakan cik. Tengku baru saja masuk lepas meeting tadi."

Setelah mengucapkan terima kasih, dia terus mendekati pintu bilik Tg Rasydan.

Pintu diketuk beberapa kali. Suara Tg Rasydan kedengaran menyuruhnya masuk.

Terus Maya menolak pintu dan masuk mendekati Tg Rasydan di meja kerjanya.

"Tengku busy ke?"

"No, duduklah." Tg Rasydan menjemput.

Maya duduk di depan meja Tg Rasydan. "Saya ada beberapa strategi untuk naikkan sales syarikat. Saya dah buat senarai dalam bentuk draf. Tengku boleh semak dulu. Kalau sesuai saya akan buat dalam laporan penuh." Fail nipis dihulurkan pada Tg Rasydan.

"Okey..." Fail dicapai sebelum dibelek. Matanya meneliti butir butir yang tertera pada kertas di dalam fail.

Dahinya berkerut. "Em, Maya... Can you give me some time."

"Yes, of course. Take your time. Tapi kalau boleh jangan lama sangat?"

"Tak lama. Aku cuma tak suka buat kerja dalam keadaan tergesa gesa dan ada orang yang sedang tunggu kat depan meja."

"Oh... Em, saya minta maaf. Saya keluar dulu." Maya terus bangun dari kerusi.

"Maya..." Gadis itu kembali menoleh ke arah Tg Rasydan. "Meet me during lunch?"

"Lunch?"

"Ya. Kenapa? Kau ada lunch date ke?"

"Tak. Cuma..."

"Kita lunch saja. Sambil sambil tu boleh bincang pasal ni. Boleh jimat masa kau. Lepas lunch kau dah boleh siapkan kerja kau."

"Okey."

Tg Rasydan tersenyum. "Kalau macam tu, aku tunggu kau kat lobi bawah. Jangan lambat."

Maya hanya mengangguk sebelum keluar dari bilik Tg Rasydan.

👓👓👓

Tg Rasydan sedang menunggu Maya di ruangan lobi sebelum matanya tertancap pada susuk tubuh seseorang.

Kepalanya melilau ke sekeliling sebelum laju menghampiri susuk tubuh itu. Tangan gadis itu ditarik.

"Nia, you buat apa kat sini?"

"Adan..." Nia tersenyun.

"You buat apa kat sini?" Tekannya lagi.

"I nak ajak you lunch. Jom?"

Tg Rasydan sudah terdiam. Dia sudah berjanji untuk makan bersama Maya.

"Em...maybe next time. I kena keluar dengan pekerja I." Tg Rasydan beralasan.

Nia terus tarik muka. "But it's lunch hour. Can you make some time for me?"

Tg Rasydan menghela nafas perlahan sebelum mengalihkan wajah daripada Nia.

Ketika itu Maya keluar dari lif dan menuju ke ruangan lobi. Namun langkahnya semakin perlahan apabila Tg Rasydan berdiri di situ bersama dengan seorang wanita di depannya.

I Choose You | ✔Where stories live. Discover now