Bab 65

17.8K 813 67
                                    

👓👓👓





"Aku terima nikahnya Maya Arisha binti Malik dengan mas kahwin RM300 tunai."

Sah!

"Alhamdulillah."

Tangan diangkat membaca doa. Mata masih memandang tepat ke tapak tangan, langsung tidak mengangkat muka. Selesai bacaan doa, orang di sekelilingnya disalami sebelum matanya naik mencari wajah seseorang. Seseorang yang sudah sah bergelar isterinya.

Dadanya berdegup. Kencang. Satu perasaan halus menyelinap masuk ke dalam hatinya melihat wajah Maya yang basah dengan air mata. Wajah yang manis bertudung.

Perlahan lahan Shahrul menolak kerusi rodanya menghampiri gadis itu yang sedang duduk di sofa.

Tangan Maya dicapai lalu disarungkan sebentuk cincin ke jari itu. Maya tunduk menyalaminya. Agak lama sehingga dia dapat merasakan titisan air mata membasah di tangannya.

Setelah wajah itu diangkat, Tg Rasydan menyapu air mata di pipi Maya. "Don't cry, wife..."

Maya mengetap bibir, menahan esakan.

"Adan, bangun duduk sebelah Maya. Ambil gambar." Tg Rafaat menyuruh.

Lengan Tg Rasydan, Maya peluk sebaik saja lelaki itu duduk di sisinya. Tg Rasydan pula hanya kaku membuatkan Maya sembunyi senyum.

Si jurugambar pula, macam macam disuruhnya. Cium dahinya, peluk pinggangnya sehingga akhirnya Tg Rasydan merungut tidak berpuas hati.

Sesudah acara hari itu, keluarga mereka beransur keluar dari bilik wad itu, tempat mereka dinikahkan.

Maya tersenyum. Gara gara En Tengku yang tak menyempat mahu memperisterikan, terpaksalah majlis akad nikah mereka diadakan di situ. Lagi pula, Tg Rasydan masih belum boleh keluar dari hospital memandangkan kakinya masih dalam rawatan.

"Adan nak tukar baju dulu?" Maya menegur Tg Rasydan yang duduk di birai katil.

"Em, ya. You keluar lah kejap."

Maya jongket kening dan Tg Rasydan terdiam. "Adan suruh Maya keluar?"

Tg Rasydan berdehem kecil sebelum terus membuka butang baju melayunya.

Maya hanya menjeling geram. Pakaian Tg Rasydan dibawa ke katil suaminya. Dia melarikan pandangan apabila Tg Rasydan tidak pula segan silu membuka baju.

"Kenapa? Segan?" Bajunya ditarik dari tangan Maya.

Maya mencebik. "Tak ada lah." Sempat dia menepuk paha lelaki itu sebelum berlalu ke bilik air.

Tg Rasydan tersenyum sinis memandang langkah laju Maya. Tubuh direbahkan ke atas katil. Kebas rasa kakinya, terlalu banyak bergerak hari ini. Matanya dipejamkan. Dia sudah menjadi seorang suami...

"Adan..."

Tg Rasydan membuka mata. Wajah Maya dekat dengannya. "Em, apa? Mengantuk lah."

"Luka Adan kat kepala tu. Tadi kan buka kejap. Sini, Maya balutkan." Tangan Tg Rasydan ditarik supaya bangun.

"You tahu ke nak buat? Panggilkan nurse. Entah apa apa you buat nanti." Tg Rasydan mengomel namun dia bangun juga.

I Choose You | ✔Where stories live. Discover now