Haruskah ku begini
Mengharap tanpa pasti
Dipukul ombak
Ku hanyut ketepi
Lemas tiada erti👓👓👓
Pagi itu, Tg Rasydan datang menjemputnya. Berkali kali Maya menolak namun Tg Rasydan tetap berkeras. Akhirnya, diikutkan saja kemahuan lelaki itu.
Tiba di kampus, Tg Rasydan yang terlebih dahulu keluar dari kereta.
"Adan!" Suara garang seorang perempuan kedengaran.
"Syaf? Kenapa?" Terpinga pinga seketika Tg Rasydan disergah begitu.
"Kenapa? Video ni, apa yang Adan buat? Adan dah gila? You said she is your girlfriend? Then, who am I?" Mencerlung matanya memandang Tg Rasydan. Telefon bimbit ditekan tekan ke dada lelaki itu.
"Syaf, kita cakap pasal ni kemudian?"
"No! Syaf call, Adan tak angkat. Mesej, tak reply. What are you doing?" Raja Syafinaz semakin berang.
Ketika itu, Maya keluar dari kereta. Takkan lah dia mahu tunggu saja di situ, menyaksikan pertelingkahan antara Tg Rasydan dan Raja Syafinaz.
Berkerut wajah Raja Syafinaz apabila melihat Maya. "Apa dia buat kat sini? Kenapa dia datang dengan Adan?"
"Maya, kau pergi dulu." Tg Rasydan menyuruh Maya meninggalkan mereka.
Namun belum sempat Maya beredar, Raja Syafinaz menjerit padanya. "No, stay!" Dia kembali menoleh pada Tg Rasydan. "Explain!"
"Let her go first. Maya, pergi."
Raja Syafinaz mengetap bibir mendengar kata kata Tg Rasydan. Lengan Maya dicengkam kasar dan tak semena mena, dia menampar wajah itu. Maya terkedu.
"Kau memang perempuan tak tahu malu!" Raja Syafinaz menjerit pada Maya.
"Syafinaz!" Tg Rasydan meninggikan suara. Tubuh Raja Syafinaz dihalang daripada terus menyerang Maya.
Ketika itu Shahrul keluar dari kereta. Dia menarik Maya agar meninggalkan Raja Syafinaz dan Tg Rasydan.
"Awak okey?" Shahrul menghulurkan setin minuman pada Maya. Ketika itu mereka sudah berada di kafe.
Maya mengangguk. "Sikit je."
"Saya tak sangka pula Raja Syafinaz akan tampar awak. Dia tu biasanya seorang yang lembut, tak mudah marah."
Maya tersenyum nipis. "Siapa dia dengan Tg Rasydan?"
"Mereka tu saudara juga. Tapi saudara jauh la. Apa yang saya tahu, Raja Syafinaz heboh kat semua orang, Tg Rasydan ni kekasih dia. Tg Rasydan pula tak pernah membantah. Jadi, entah lah. Saya pun tak faham dengan hubungan mereka ni."
"Tg Rasydan tak patut cakap saya girlfriend dia dalam video tu. Semua orang dah salah faham." Maya menunduk.
Shahrul tidak berkata apa apa. Kesian pula dia melihat gadis itu.
"Maya..." Tg Rasydan tiba tiba datang dan duduk di bangku di sisi Maya. Maya terus mengangkat muka memandang lelaki itu.
"Kau okey? Sakit lagi tak?" Tangan Tg Rasydan naik mengusap lembut pipi Maya.
Perlahan lahan Maya menjatuhkan tangan Tg Rasydan yang melekap di pipinya. "Saya okey. Dah tak sakit."
"I'm really sorry. Aku tak tahu dia akan marah sampai macam tu."
"Semua okey ke? Raja Syafinaz masih marah?"
"Nanti sejuk la dia tu. Biarlah."
"Dia girlfriend awak. Awak tak patut biarkan dia. Pujuklah. Cakap elok elok. Jangan bagi dia salah faham. Kita tak ada apa apa hubungan pun." Maya mencapai begnya sebelum bangun dari bangku.
YOU ARE READING
I Choose You | ✔
רומנטיקה~Cintaku lebih besar dari cintanya, mestinya kau sedar itu, bukan dia, tapi aku~ Tengku Rasydan / Maya Arisha ❄ Who are you? ❄ Her fright, her face, buat aku ingat Nia. Macam mana aku nak elak dari dia? Dia ingatkan aku pada Nia. ❄ Awak sedar tak ap...