Bab 22

13.1K 651 32
                                    

Apakah tanda makna
Mengenali mu sekadar mimpi
Jari ku sentuh dingin ku rasai
Tiada makna diamnya tak berkata








👓👓👓




Maya masuk ke dalam bilik kuliah, melangkah ke tempat biasa dia duduk. Setelah melabuhkan punggung di atas kerusi, baru dia perasan beberapa mata memandangnya dengan pandangan yang sinis. Maya mengerutkan kening.

"Maya, untunglah kau. Tg Rasydan dengan sepupu dia berebut nak bermalam dengan kau ya?" Seorang pelajar perempuan bertanya membuatkan pelajar lain tertawa sinis.

"Apa yang kau cakap ni?"

"Hey Maya, semua orang dah tahu la yang kau jual diri kau!" Sampuk pelajar yang lain pula.

Berderau darah Maya mendengar kata kata itu. Apatah lagi apabila mereka memandangnya dengan pandangan meluat. Merah wajahnya menahan malu.

"Aku tak buat macam tu!" Dia cuba membela diri.

"Kami ada bukti la Maya. Semua orang dah tahu."

Maya kaku di kerusinya, tidak faham dengan apa yang dikatakan mereka.

Tiba tiba, Intan muncul di depan pintu bilik kuliah itu. Matanya melilau mencari Maya. Nampak saja gadis itu, dia terus mendekati Maya.

"Maya, jom." Tangan Maya ditarik. Gadis itu masih terkelu melihat dia yang tiba tiba saja muncul.

"Intan, kenapa ni? Aku tak faham. Student kelas aku, kenapa mereka cakap yang bukan bukan?" Maya mula menyoal Intan setelah Intan menghentikan langkahnya.

"Duduk, Maya." Maya mengikut apabila Intan sudah mengambil tempat di sebuah bangku di luar bangunan kampus.

"Betul ke kau buat semua tu?" Intan memegang tangan Maya.

"Intan, kau pun percaya cakap mereka?" Maya bertanya tidak percaya. Intan melepaskan keluhan kasar.

Telefon bimbit dikeluarkan sebelum dia menekan nekan skrin, mencari video yang telah tersebar di seluruh kampus.

"Tengok ni." Intan menghulurkan telefonnya pada Maya. Mata Maya terus tertancap pada skrin telefon.

Melopong mulutnya melihat rakaman ketika Tg Rasydan membawanya naik ke tingkat atas banglo Asyran. Video itu bermula ketika dia menampar lelaki itu. Satu persatu butir bicara mereka jelas kedengaran. Dia sendiri yang mengaku bahawa Asyran yang membayarnya pada malam itu. Video berakhir setelah Tg Rasydan melemparkan duit padanya.

Tangan Maya longlai melepaskan telefon bimbit Intan dari tangannya. Bibir digigit kasar. "Intan, semua ni tak betul. Aku cakap semua tu sebab nak sakitkan hati Tg Rasydan je."

"Jadi, sepupu dia memang tak bayar kau."

Maya menggeleng. "Tak, dia memang bayar aku. Tapi sebab aku perlu pura pura untuk jadi kekasih dia malam tu. Bukan temankan sampai ke bilik macam semua orang fikir." Beria ia Maya cuba menjelaskan. Sekurang kurangnya Intan perlu mempercayainya.

"Maya, kenapa kau cari masalah?" Intan menghela nafas kasar.

"Dia bayar aku. Kau tahu kan aku perlukan duit."

"Habis tu sekarang macam mana ni? Aku bimbang kalau pihak kampus tahu je. Tak pasal pasal kau kena tindakan disiplin." Intan menyuarakan kebimbangannya.

I Choose You | ✔Where stories live. Discover now