Bab 13

12.9K 702 33
                                    

Aku wanita 
Ada kelemahannya 
Engkau pun apa tidaknya 









👓👓👓






"Nah, buku awak." Shahrul meletakkan beg plastik di atas meja. Dia mengambil tempat di depan Maya yang sedang menikmati minumannya.

"Buku?"

"Tg Rasydan suruh saya bagi pada awak."

"Tapi, semalam..." Maya teragak agak.

"Awak tak payah fikir banyak. Ambil saja buku tu. Tg Rasydan tu bukan tak ada duit. Tapi ada masalah sikit."

"Masalah apa?"

Belum sempat Shahrul berkata apa apa, Intan menghampiri meja dengan sepinggan nasi. Dia memandang sekilas pada Shahrul sebelum duduk di sisi Maya.

"Kawan kau Maya?" Intan bertanya perlahan.

"Em, ya. Ni...Shah?"

Shahrul tergelak. Sebelum ini, dia tidak pernah memperkenalkan dirinya pada Maya. Maya hanya mengetahui namanya melalui Tg Rasydan yang selalu memanggilnya Shah.

"Saya Shahrul. Boleh panggil Shah. Saya kawan Maya." Dia memandang Intan.

Intan mengangguk. "Saya Intan. Em, saya rasa saya pernah tengok awak dengan Tg Adan."

"Ya, saya bekerja dengan Tg Rasydan."

"Oh. Patutlah macam familiar." Dia kembali menoleh pada Maya. "Kau tak makan?"

"Aku dah makan roti sebelum kelas tadi. Masih kenyang."

Intan dan Shahrul masing masing terdiam dengan jawapan Maya.

Intan kemudian memandang Shahrul. "Makan?" Sekadar bersopan Intan bertanya.

"Eh tak. Sila lah." Shahrul kembali memandang Maya apabila Intan mula menjamu selera.

"Maya, saya pergi dulu la. Lama Tg Rasydan tunggu." Shahrul bangun dari bangku.

"Em, tunggu." Maya turut bangun dari bangku. Tangannya mencapai plastik berisi buku.

"Awak ambil la semula buku ni. Saya...tak boleh terima la."

"Maya, marah Tg Rasydan nanti. Awak ambil la."

"Saya tak nak menyusahkan sesiapa. Saya tak nak Tg Rasydan berhabis duit pada saya. Tak ada guna apa yang dia buat sekarang. Awak ambil ni." Plastik itu diletakkan di tangan Shahrul.

"Awak pesan pada Tg Rasydan, tak payah tolong saya apa apa lagi. Hutang saya pada dia pun belum berbayar. Saya tak nak nanti dia pula yang susah."

Beg dicapai sebelum dia berlalu dari situ.

"Ada masalah ke?" Shahrul kembali duduk apabila Intan menegur.

"Susah la Maya tu. Orang dah nak tolong, dia tolak pula."

"Tolong apa?"

I Choose You | ✔Where stories live. Discover now