Bab 19

12.6K 677 72
                                    

Aku telah kau sisihkan
Tanpa ada kesalahan
Mungkinkah takdirku
Selalu dalam kesedihan
Yang ku harap
Menjadi kenyataan












👓👓👓









Gadis bergaun merah itu begitu menarik perhatiannya. Dari tadi, sejak dia keluar bersama Raden Asyran, mata Tg Rasydan tidak lepas memandangnya. Kebiasaannya, gadis itu hanya memakai jeans, t shirt longgar dan cermin matanya. Tetapi malam itu, dia kelihatan sangat cantik tanpa cermin mata dan solekan nipis. Benar benar seiras dengan orang yang paling dirinduinya.

Paling mengejutkan Tg Rasydan apabila Raden Asyran memperkenalkan gadis itu sebagai teman wanitanya. Dadanya bagai mahu meletup apatah lagi tetamu disitu bagai menyokong hubungan mereka. Keresahan bertamu di dada. Mata hanya mengekori susuk tubuh gadis itu.

Tg Rasydan melangkah mendekati meja tempat Maya duduk setelah dipastikan Asyran sudah menjauh. Maya melarikan pandangan apabila melihatnya mendekat.

"Kau buat apa ni?" Kasar Tg Rasydan menegur.

Maya mendongak pada Tg Rasydan di depannya.

"Apa yang saya buat?" Maya membalas berani.

"Apa yang kau buat?" Tg Rasydan tergelak sinis. "Sini bukan tempat kau, Maya."

"Saya boleh berada kat mana mana saja yang saya suka." Tegasnya.

"Kau suka?" Tajam renungannya pada Maya. "Aku tak benarkan kau kat sini. Balik sekarang."

Maya mengetap bibir. "What? Awak arahkan saya Tg Rasydan? Jangan harap saya nak ikut cakap awak!" Katanya keras.

Tg Rasydan merengus. Tangan Maya dicapai kasar sebelum menarik gadis itu mengikut langkahnya.

"Apa ni? Tg Rasydan, lepaskan saya!" Beberapa pasang mata sudah memerhatikan mereka namun Tg Rasydan terus mengheret Maya naik ke tingkat atas banglo mewah itu.

Sebaik saja berada di ruang atas, berhadapan dengan balkoni yang terbuka, barulah tangan Maya dilepaskan.

Maya mengusap pergelangan tangannya yang terasa perit. "Awak ni kenapa!?" Dia menjerit.

"Cakap dengan aku, apa kau buat kat sini?" Tg Rasydan bertanya garang.

"Saya buat apa? Awak tak dengar apa yang Asyran cakap tadi? Saya girlfriend dia. Salah ke saya ada kat sini?"

Tg Rasydan tergelak sinis. "Sejak bila kau bercinta dengan dia ni?"

Maya mendiamkan diri.

"Kau tak tahu siapa Raden Asyran tu, Maya. Dia tu playboy. Kau ni cuma mangsa dia saja." Tg Rasydan menempelak.

"Kalau dia playboy, kalau dia cuma nak mainkan saya, semua tu tak ada kaitan dengan awak lah, Tg Rasydan. Why not, you just mind your own business."

"Kau ni memang naif kan. Kau tahu tak Raden tu cuma nak ambil kesempatan dari kau?"

"Suka hati dia la nak buat apa pun. I am his girlfriend."

I Choose You | ✔Where stories live. Discover now