Bab 39

15.3K 763 46
                                    

Kau masih ku cintai
Dari awal dulu
Hingga hari ini
Aku pasti seyakinnya
Kau lah satu untuk ku







👓👓👓






"Cik Maya?"

Maya mengangkat muka memandang gadis di depannya. Senyuman diukir. "Ya, saya."

"Sila cik. Saya kenalkan cik dengan CEO."

Maya mengangguk sebelum bangun mengikut langkah gadis itu. Tiba di depan pintu bilik CEO yang dimaksudkan, Maya tercengang. Darahnya berderau. Dada bagai mahu pecah. Nak saja dia melarikan diri dari situ.

Sekali lagi dia membaca nama yang tertera di pintu bilik itu. Liur ditelan berkali kali.

Tengku Rasydan Tengku Rafaat
Ketua Pegawai Eksekutif

Sebaris nama itu, yang membuatkan seluruh badannya terasa menggigil. Selepas tiga tahun, dia akan bertemu lelaki ini? Kepala digeleng tidak percaya.

Entah bila, pintu bilik itu sudah terbuka dan gadis di sebelahnya sudah menjemputnya masuk.

Masuk saja, dia dapat melihat figura gagah seorang lelaki yang hanya menunduk di meja. Tekun dengan kerjanya.

"Tengku, pengurus pemasaran kita yang baru dah sampai." Izreen memberitahu.

Tg Rasydan mengangkat muka dan pandangan mereka bertemu.

Sesaat.

Dua saat.

Tiga saat.

Empat saat.

Lima saat.

"Ehem...tengku..." Izreen menegur.

Tg Rasydan menelan liur sebelum melarikan pandangan ke wajah Izreen. Nafasnya yang terasa bagai terhenti sebentar tadi cuba ditenangkan.

"Saya Maya Arisha. Pengurus pemasaran yang baru di syarikat ni." Suara Maya membuatkannya kembali menoleh ke wajah yang berkaca mata itu. Suara yang tenang tanpa sebarang riak di wajah. Lupakah gadis itu padanya?

"Ya... Em, selamat datang." Tubuh disandarkan ke kerusi. Matanya tidak lepas memandang wajah Maya.

"Reen, tolong ambilkan fail marketing strategy." Arahnya tanpa memandang Izreen.

"Baik tengku." Izreen menjeling pada Maya sekilas sebelum keluar dari bilik itu.

"Have a seat." Tg Rasydan menunjukkan ke arah kerusi di depan mejanya.

Perlahan lahan Maya menarik kerusi sebelum melabuhkan duduk di situ. Tangannya digenggam sesama sendiri, cuba menghilangkan gugup. Wajah tampan lelaki di hadapannya direnung seketika. Tampak lebih matang.

Lelaki itu sudah mencapai satu fail sebelum dibeleknya perlahan.

"You dah masuk dalam bilik pejabat you?" Tg Rasydan bertanya dengan mata yang masih melekat pada fail.

"Dah."

"Selesa?" Kali ini Tg Rasydan mengangkat muka memandang Maya.

"Selesa."

"Kalau you rasa nak tukar decoration atau susun atur perabot kat dalam tu, just let your secretary know."

"Saya rasa semua dah okey. Kalau saya nak tukar apa apa saya akan uruskan sendiri." Kata kata Maya membuatkan Tg Rasydan memandangnya tajam. Maya membalas pandangan itu berani.

I Choose You | ✔Where stories live. Discover now