Bab 38

14.5K 695 67
                                    

Hidup ini hanya sekali
Jadikanlah aku ini
Cinta yang paling sejati
Hingga akhir







👓👓👓






Tg Rasydan berjalan masuk ke dalam bilik pejabatnya. Seorang gadis yang berada di meja kerja di luar biliknya bangun mengikut langkahnya.

Kot di tangan terus dicampak ke atas sofa sebelum dia juga menghempas kasar tubuh di sofa itu. Gadis tadi mengambil kot Tg Rasydan, disangkut pada tempatnya.

Tg Rasydan sudah menyandarkan kepalanya pada sofa dengan mata tertutup ketika gadis itu menegur.

"Em, tengku. Macam mana meeting tadi? Semua okey?" Teragak agak gadis itu bertanya.

Tg Rasydan membuka mata sebelum melepaskan keluhan. Kepala digelengkan. "You agak macam mana walid I bila dia dapat tahu sales sebulan dua ni menurun?"

Gadis itu hanya mendiamkan diri dengan bibir dikemam rapat.

"Kecoh juga bilik meeting tadi. Masing masing tak nak kalah. Tegakkan hujah sendiri. Last sekali, memang I lah yang kena. Walid cakap I tak boleh handle pekerja." Tali leher dilonggarkan. Mata kembali dipejamkan.

"Em, sabarlah tengku. Kami kat sini semua tahu macam mana tengku buat kerja. Dan saya tahu, you can handle us well." Gadis itu memujuk membuatkan senyuman nipis terukir di bibir Tg Rasydan.

Gadis yang bernama Izreen itu mencemik apabila Tg Rasydan hanya mendiamkan diri. "Oh ya, sebelum saya lupa. Tengku tak perlu risau sangat pasal sales tu. Kita dah hired marketing manager yang baru untuk gantikan En Ikmar."


Tg Rasydan membuka mata.

"Okey." Kepala dianggukkan. "Bila dia mula kerja? I tak terima pun maklumat pasal marketing manager yang baru ni."

Gadis itu menggeleng. "Tengku, dari semalam saya letak fail tu atas meja tengku dan saya dah ingatkan tengku pasal tu."

"Ya, you dah beritahu. My bad. I've a lot of things to settle down. Thanks, Reen. I'll check on him."

"Bukan him, tengku. Her." Izreen membetulkan.

"Her?" Tg Rasydan mengerutkan kening.

"She's a lady."

"Okay..."

Izreen tergelak kecil. "Jangan lupa petang ni tengku ada meeting dengan En Murad dari pihak pembekal." Setelah mengingatkan, Izreen terus berlalu keluar dari bilik pejabat Tg Rasydan.

Tg Rasydan bangun dari sofa, berjalan ke meja kerjanya. Fail yang diberitahu oleh Izreen dicari. Dapat saja, belum sempat dia membelek, telefonnya berdering.

Fail itu kembali diletakkan. Telefon dikeluarkan dari poket seluar dan nama Shahrul terpapar di skrin. Panggilan itu dijawab.

"Ya, Shah?"

"Tengku, she's back." Suara Shahrul kedengaran perlahan.

"Siapa?"

I Choose You | ✔Where stories live. Discover now